Dec 30, 2009

Masjid .

Hai kengkawan semua . Dah lama aku tak update blog . Almost 2 weeks jugak laa kan . Bukannya apa , been busy laa babe . Banyak keje , banyak event and macam-macam lagi laa . Harap korang maafkan (ahh lantak laa kalo korang x maafkan pun , hihi ) . Hari ni , pagi ni , aku update blog kat ofis . Haa selamba je kan . Padahal boss ade je haa kat sebelah . Tapi tak pe , aku ni work smart . Lagipun boss kat sebelah aku ni tengah sibuk traslate surat layang dari English ke Malay . Tak macam haruk plakkan . Almaklumlah nak bagi surat ke Gov . kenalaa buat dwibahasa macam ala-ala periksa SPM gitu . Haha . Lantak laa sana . Aku bukan nak cite pasal surat tu pun . Hihi .

Masjid? Ye , semua orang tahu apa itu masjid . Kalo tak tahu , pergi laa tanya sesape kat sebelah korang . Korang pernah dengar tak ayat "mendirikan masjid"? Kalo tak tahu , meh sini aku bagitau korang . Mendirikan masjid = mendirikan rumah tangga . Dalam Islam , mendirikan rumah tangga adalah besar pahalanya dan ia dapat menghindari perkara-perkara yang tak baik berlaku serta menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W . Jadi kalo dah jodoh , kita kena terima seadanya . Itu je aku nak cakap pasal masjid . Hihi .

Kepada kawan-kawan yang baru je mendirikan masjid , TAHNIAH dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat . Dan kepada kawan-kawan yang bertunang dan yang akan bertunang , TAHNIAH juga ye . Ini dah satu langkah ke gerbang nak mendirikan masjid . Harap korang bahagia dan jagalah batasan (Cewahhh macam bagus je ayat aku ni kan)


Dec 13, 2009

Happy Belated Birthday my sweetheart Muna & Anne .

"ALLAH selamatkan kamu .... ALLAH selamatkan kamu ....
ALLAH selamatkan MUNA & ANNE .... ALLAH selamatkan kamu"
Happy belated birthday Muna & Anne . May ALLAH bless you always .

Belated Birthday Celebration at Chakri Palace KLCC


Love them so much .

Wanita-wanita SGEDT yang berjaya !

Wah bunyi entry macam wanita-wanita hebat je . Yeah memang betul kan . Duduk kat HQ office ni memang bestt even boss cam haraaaaammm (hopefully boss xleh jumpe blog aku ni , kalau x , matilaa aku kan ) Lately ni , banyak betul aktiviti kat ofis aku ni . Memang best laa sebab semua yang take part very-very laa sporting . Haaa tapi xsemua orang laa yang sporting . Biasalaa kan , dalam seribu orang manusia , mesti ada yang left-handed ngan-right handed . Macam tu laa perumpamaanya . Haha . Lantak laa ada kene mengena ke x .

Let's picture talk .. (haha aku malas nak menaip panjang-panjang , so aku hidangkan gambar-gambar sebagai hidangan)
Jogging after work kat Lake Garden

Tengah jogging pun sempat snap lagi .
Itulaa perempuan ...


Ketua jogging mestilaa kat depan kan Kak Fazi??

Aktiviti makan salad , sandwich & buah-buahan .
Nak diet laa kununnya .


Kak Ayu macam kambing gila . Bhahaha ~


Ini jelaa yang sempat aku nak cite . Yang selebihnya , tunggu kejap lagi ye . Ini laaa wanita hebat SGEDT . Walaupun bz buat kerja , kesihatan masih tetap diutamakan . Cett podah laaa . Rasanya , baru 2kali je program jogging berjalan . Sampai sekarang ni , tak de lagi dah nak jogging-jogging ni . Ini laa namanya wanita SGEDT yang bz . Bz apa? Bz ngumpat , bz maen facebook . Haha .


Nov 16, 2009

Review Movie - 2012

Ada apa dengan 2012? Kan baru 2009 . Eh ada kene mengena ke oii . Haha . Actually aku tengah frust ni sebab tak tengok lagi cite tu . Macam-macam feedback yang aku dapat daripada kengkawan aku yang dah tengok . Termasuklaa si Muaz yang tinggi lampai tu . Hummm . Dia cakap cite tu tak best langsung , ending yang tak best dan macam-macam lagi tomahannya . Huh . Saje je kan dia tak nak bawak aku . Geram je . Pastu tengok status orang laen kat FB especially yang dah tengok 2012 , cakap cite tu best & sedih . Hummm entahlaaa wei . Tak paham aku . Aku dengar cite 2012 ni cite pasal kiamat tapi tu laa encing cite ni mestilaa hero&heroin hidup . Sama je cam cite hindustan lain kan . Kalau menurut ajaran agama Islam , bila terjadinya hari kiamat , tak kan ada seorang pun yang akan hidup . Kita semua akan ke alam lain . So , secara kesimpulannya , tak elok laa tengok cite camtu . Apa laa korang ni , membazir tengok cite tu , lebih baik sedekah duit tu kat orang susah . :) :) :)

Sebenarnya , aku dah plan ngan gang budak kuat jalan & kuat makan tengok 2012 , tapi paham-paham jelaa kan , cite tu baru lagi laa wei . Memang tak dapat seat laa oi . Kalo dapat pun betul-betul depan screen . Humm so , kitaorang tengok jelaa cite apa je yang ada . Sue ngan Anne sampai OU dulu . Yelaa kan umah diorang dekat je kot , confirmlaa diaorang yang sampai dulu . Mula-mula nak tengok Phobia 2 tapi Amer ngan Chuck dah tengok . Diorang cakap tak best . And then , aku cakap kat Sue , tak kisahlaa tengok cite ape pun . So , akhirnya kitaorang tengoklaa cite Ninja tapi bukan Ninja Assasin ye kawan-kawan . Ni Ninja yang sangat tak best . Jom , let picture talks . Tapi ada 2 gambar je upload . Hehe .

Amer , Chuck , Anne & Sue


Ok , ni aku plak ngan diorang . Anne snap this picture .


Nov 15, 2009

Hantu , please don't disturb me ok?

Bunyi entry ni macam aku boleh berbual dengan hantu kan? Dan seolah-olah hantu pandai baca blog ni . Ini bukan cobaan atau yang sewaktu dengannya tapi ia memang benar dan ikhlas datang dari hati yang suci . Kepada makhluk-makhluk tuhan yang sememangnya aku akan takut kalo tengok muka korang , PLEASE jangan kaco aku k? Aku bukan takut tapi lemah je wei . Aku duduk sensorang kat umah ni , tak kesian ke kat aku? Mesti kesian kan? Dah laaa aku ni kurus , jauh ngan mak ayah , Muaz pun jauh dan pelbagai lagi sebab-sebab untuk korang (kata ganti diri untuk hantu) rasa kesian kat aku Hehe . Harap korang dapat membaca entry ini dengan penuh rasa simpati dan belas kasihan yang tak terhingga kat aku .

Mesti korang (kata ganti diri untuk pembaca) tertanya-tanya kenapa aku sensorang plak kat umah kan? Ke korang tak nak tahu langsung? Ahh lantak laa . Aku nak cite jugak . Untuk pengetahuan semua , Kak Enyza a.k.a Kak N was admitted at Al Islam Speacialist sejak 9 Nov 09 and now she's in JB until 2 Dec 09 . See , aku sensorang laa hoi kat umah ni . Rasa nak nanges je kan . Mana pernah duduk umah sensorang woi . Masa hari pertama aku sensorang , aku masih boleh tidur dengan nyenyaknya tapi masuk hari kedua , ooo mak aii bunyi bunyian datang secara tiba-tiba . Aku tak tahu nak buat apa masa tu , actually aku dah tidur awal , dalam pukul 9 dah tidur tapi pukul 12 aku boleh pulak terjaga . Ishh damn . Terus call Muaz tapi dia dah tidur . Urghhh apa lagi , aku pun nangis ahh kan sampai penat then aku tidur balik . Haha . Gila kan? So jalan penyelesaian aku dah jumpa , nak tahu apa? Aku ajak Faezah teman aku sampai Kak N balik sini . Huhh , selesai sudah masalah .

Jom tengok gambar Kak N yang sakit tu . Sian dia ~

Pesakit : Eniza Zainal Abidin


Dari kiri : Fuad , Kak Fazi , Ill , Zura & Me
Lawatan Kali Pertama : After work



Dari Kiri : Faezah , Kak Azie , Kak Ross & Me
Lawatan Kali Kedua : Lunch Hour

Nov 10, 2009

I'm so stupid !!

(nak tukar balik penggunaan kata ganti diri ; saya = aku)


Yeah , aku bodoh . Kenapa? Sebab tak pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata . I don't know why i keep thinking about tuttt tuttt (tuttt dirahsiakan atas sebab tertentu) . Itu laa yang dinamakan bodoh . Membodohkan diri sendiri memang baik kalo nak dibandingkan diperbodohkan oleh orang lain . Mungkin aku bodoh dari segi ........ tapi tak dari segi minda ok? Haha . Kebelagakan terserlah disini . Hummm i'm still trying to avoid ..... and now baru berjaya untuk sehari . Mintak-mintak laa harini boleh avoid dia lagi . Aiyooo . Tak paham laa ngan mende ni suma . Shitttt !


Nov 5, 2009

Mana perginya value of friendship?

Hari ni , pagi-pagi lagi , bukak facebook dan baca notes yang di tag dari Mal . Haaaa bacalaaa kat bawah ni . Kalau nampak laaa ye . Sumpah saya terkejut !



Kesimpulannya , janganlaa anda mencuri . Terutamanya kawan-kawan punya duit ke barangan berharga or etc . Sebabnya kalo dah kantoi mencuri , semua orang tak mau kawan dah . Seriously . I dah tak nak kawan ngan U! Takut nanti U curi barang I plak .

5470

Yeay! Saya dah ada si Puteh . Walaupun si Puteh tak sehebat kereta laen , tapi saya tetap berbangga dengan si Puteh saya . Sebab saya kena bayar sendiri . Haha . Sengal . Muaz pun dah ada jugak . Tapi dia punya si Hitam (uuuu buruknya nama si Hitam) . Tapi tu laaa si Hitam sempit tak macam si Puteh yang selesa sangat-sangat . Hehe .


Buat En Haikal , terima kasih kerana memberi si Puteh dengan sungguh sempurna sekali . Si Puteh sungguh rasa riang bersama saya . Terima kasih juga kerana merealisasikan impian saya . Huhu . Impian ke? Saya cintakan si Puteh dan juga si Hitam (aikkk ada kena mengena ke? ) . Rasa gundah gulana akan menjelma bila nak bayar si Puteh . Boleh ke kalo tak nak bayar si Puteh? Ke boleh ? Ke xboleh ?


Oct 24, 2009

Dia dah tua

Maaf . Entry ini sepatutnya dah lama publish . Tapi sekarang baru sempat nak menaip .

17 Oct - Happy Belated Deepavali to all Indian . Especially kontraktor SGEDT ,IRCON International Berhad yang mana , hampir kesemua staff India mari . *takde wat open house ke?



Sempena cuti Deepavali , saya pun baliklaa JB . Lagipun memang kena balik jugak sebab ada sesuatu yang penting yang perlu dibuat . Nak tau apa dia , jeng jeng jeng ... Happy Birthday Muaz . Harap je tinggi semacam tapi saya lagi tua dari dia . Tapi tua bulan je laaa bukan tua tahun ye kawan-kawan .

Seperti yang dijanjikan , kitorang pergi laaa dating sampai ke Tebrau City . Tujuan : tengok papadom (best gila sey cite ni !) dan belikan hadiah untuk si dia . Kalo tahun-tahun sebelumnya tak payah bawak birthday boy beli hadiah tapi tahun ni punya konsep lain sikit . Sebab nak belikan dia seluar . Yela kang kalo salah size susah jugak kan .

*Agenda:
1. Papadom
2. Makan kat Kenny Rogers
3. Tawaf satu Tebrau City (masa tu saya dah nak mengamuk jugak laaa sebab kaki sakit sangat and at last dia pilih baju kemeja Topman sebagai hadiah hari jadi dia tahun ni)
4. Tengok bola kat SS (jumpa classmate , Syue)



Fitting room Topman


Present for birthday boy
(kemeja Topman yang Muaz tengah test , Size M)

and also..
(Happy birthday to Aunty Raziah . May Allah bless u always)

Tak Suka aaaaa

Saya TAK SUKA / BENCI / MENYAMPAH kat lady boss tu .