May 22, 2012
Aku rasa diorang ni awesome gila kot!!!
My current ringtone is Somebody That I Used To Know. Haa macam sesuai gila lagu ni dengan aku kan. Dah lama jugak pakai lagu ni, bila flashback balik, aku dengan somebody tu berebut nak guna ringtone ni. Haha kenangan betul. Rupa-rupanya memang betul "Now, u're just somebody that i used to know" . Ok tak payah nak sedih sangat Erin , kau bukan mati laki pun kan? Chill, ada orang lain lagi teruk dari kau, nasib kau bukan pada dia. Ok self motivate sekejap. Aku bukan nak cite pasal emosi aku, tapi aku nak share video yang awesome ni. Nak menangis aku tengok video diorang ni, kalah Boyce Avenue! Aku rasa pasni Walk off the Earth akan jadi favourite cover. Meh laa tengok.
May 21, 2012
Me on instagram
I don't have FB account and i won't activate it due to some of reason. So if u want to know a little about my current activity and daily life, u guys can follow me on twitter! Other than that, if u want to see my awesome snap and what i called it as my-masterpiece, u also can follow me on instagram. These two account are not setting to private so u don't have to worry either i'll approve or not.
Here, some of pictures from my instagram! Haha baru perasan yang aku ni suka snap gambar yang lebih kurang sama. Contohnya, makanan, kasut dan kaki, langit, tingkap bilik?
May 17, 2012
Have faith in Allah :)
How Allah can create everything differently, so does Allah makes different people with different stories. Happiness comes after the pain. It comes at the moment when you never expected. Yes, i'm still keep praying and believe in Allah.
When the time has come, u'll know the person who's destined to be with you forever. Someone who deserves your love. Doesn't mean you love that person, they're the best for you, doesn't mean you hate that person, they're bad for you.
I believe in Allah, insyallah He will give me the best person who can conquer and value this heart. He knows better. I want to be a good moslem :)
Labels:
Life
Apr 12, 2012
Jangan salahkan takdir
Erin,
Jangan salahkan takdir kerana itu sudah ditentukan sebelum kita dilahirkan. Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Jangan bersedih. Teruskan berdoa untuk kebaikan semua. Semoga masih ada peluang untuk bangkit semula dan semoga ada jalan yang lebih baik.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)
“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)
“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)
Labels:
Life
Mar 7, 2012
Mar 6, 2012
Long time...
Arghhhh dah lama tak menulis. Kekok rasanya. Where's Erin? Here here here. I'm doing nothing here, no lepaking like old days, just stayed at home and do the same routine. Yes everyday is just same. Bangun pagi-pergi kerja-buat kerja-balik rumah-pukul 9pm dah tidur. So nak cerita apa lagi kan? Hehe. This is the new me. No lepaking anymore. But somehow, ada jugak cerita nak update kat sini. Tapi random je laa eh. Mana yang teringat boleh laa update.
1. Anne is getting engage! Adalah pada satu harini boleh pulak aku berchatting dengan dia dengan harapan nak suprised kan dia, i mean nak bagitahu something yang special. Oh yes jap lagi aku yang terkejut masa tu, because she said she is getting engage on CNY. Haish masa dapat tahu tu, aku rasa fail gila sebab aku laa ranking last sekali antara Muna - Aina - Anne. Berlumba-lumba kan? But unfortunately, aku tak dapat attend on her engagement day because some of work must to do in JB. Arghhh memang stress masa tu. Bestfren tunang tapi aku tak datang? Kejam gila kan? Untuk tidak mengecikkan hati dia, a week before her engagement aku datang rumah dia, lepak dan bergossip. Masa tu dapat laa tengok baju dia and of course the ring! Lawa ok! Tapi sayangnya tak dapat tengok hantaran sebab ada kat umah kakak dia. Dah siap gossip and makan, aku bagitahu tak dapat datang terus alahai dia pun nanges. Wuwuwuwu sedih kan? So here is the picture after we cried together.
Aina - Anne - Me
2. Instax mini 7S. Alhamdulillah, dapat jugak kamera ni. This is my 2nd gadget for year 2012. Hehe kalau bab gadget ni memang tak boleh nak hold. Dia punya perasaan membuak-buak. Mungkin perempuan lain tak heran sangat dengan menda alah gadget ni, but seriously aku tak kan heran kalau orang bercakap pasal barang make-up, fesyen itu dan ini. Tapi aku akan jadi ketinggalan zaman kalau takde gadget yang best ni. Haha. Semalam, photocrafts (my favourite lomo shop) update macro lens untuk instax. Masyallah, kalau ikutkan hati ni memang nak pergi beli jugak! Arghhh tak kira! Tapi tengok balik balance terkini duit dalam bank, mahu makan pasir kang. So hold dulu.
3. Pn. Norizan saying good bye to us. Lately ni, our team projek, tak kira laa dekat site or HQ ramai betul yang resign. Entah bila turn aku pulak ni? Insyallah, bulan Mei ni, kontrak untuk projek ni akan habis. Yahuuuu dah boleh balik dengan gembiranya. Jangan laa extend lagi. Dah 3 tahun haaa duduk KL ni. Macam mana aku boleh bertahan kerja kat sini? Sebabnya officemate best. Hari-hari ada je makanan yang sedap-sedap untuk dimakan. Plus office ni takde ragging-ragging ke apa. Tu yang best.
4. Kerja. Scope of work aku sekarang ni dah variasi dah. Kekadang rasa macam engineer, kekadang rasa macam pengembala lembu pun ada. Sepatutnya, makin nak habis kontrak ni, sepatutnya dah takde kerja sangat tapi masyallah setiap minggu ada je isu kandang lembu. Stress betul wa. Wa bukan apa, patutnye dari dulu isu ni dah settle. Nak cakap banyak pun tak guna, terpaksa muka ni jugak yang pergi say hi and hello to lembu. Dan macam biasa, big boss kat KL terus bagi peluru kenapa tak pick up all these thing dari dulu? Ok, nice kan?
5. Alhamdulillah seorang lagi dari geng gemuk dah kawen. Ijam & Myra dah kawen 4 Februari 2012. So bila kira-kira balik tinggal bape orang je laa yang belum kawen. Jadi, haruslaa kita sama-sama lumba. Sape lambat, dia loser. Haha. Memang aku laa yang tercalon loser tu. Nevermind, jodoh itu rahsia ALLAH.
6. Lepas je kenduri kawen Ijam, terus ke rumah Padel. Malam tu ada majlis tahlil dan bacaan yaasin untuk Hadi. Rasanya ramai kawan-kawan FB dah tahu pasal Hadi. Dia salah seorang kawan baik aku yang sakit sekarang ni. Sakit apa? His kidney not function anymore :( Allah itu Maha Mengetahui, mungkin ini bahagian untuk Hadi. Bahagian kita, mungkin Allah dah sediakan. Sebagai hambanya, kena redha untuk semua. Alhamdulillah jugak, ramai yang join majlis ni dan kutipan sumbangan berjalan dengan lancar. Banyak yang membantu, tak larat nak disebut satu persatu, semoga Allah membalas jasa baik semua.
Tukang masak hidangan malam tu.
Anne, Eisya, Zatie & Me!
Rubby & Anna .
Us at Gardens, Alamanda.
7. The next update is Anas & Nadeya wedding. I love their pelamin. Perfect colours! And also Nadeya's dress. Lawa gila uolls. Nanti nak satu macam tu boleh? Anyway, congrats to them and also to Mu'az. Dah dapat adik ipar dah dia. Tak lama lagi dapat anak buah laa tu.
Me & Adik beradik perempuan Mu'az.
Mu'az , Anas , Nadeya & Me !
8. Last but not least, adik sedara pulak kawen. Congrtas to Along & Ayuni. Amboi berlumba-lumba kan korang ni kawen. Alhamdulillah semuanya dah pun selamat. Sorry sebab tak dapat nak membantu sangat. Almaklumla kakak mu ini duduknya di KL, kamu semua di Johor. Susah nak tolong-tolong ni. Haha dasar pemalas memang laa begini kan.
Majlis khatam Al-quran.
My family side ayah.
Maka, ini sahaja update untuk kali ini. Tak banyak cerita yang menarik kan? Tapi cukuplaa sekadar random. Sorry eh kualiti gambar kurang memuaskan. Sekarang dah tak maen dah guna DSLR besar-besar tu. Kita guna phone 8mpx je. Haha.
[Note : Tak sihat T__T]
Labels:
Life
Jan 10, 2012
Dec 14, 2011
Wordless Wednesday #10
Ok, nangis laaa korang. Aku ni tengah review drawing pun boleh plak macam nak nangis kot. Maybe aku masukkan diri sendiri dalam watak Izzah. Haha what the the the!!!
Labels:
WW
Dec 12, 2011
Just Married - Muna & Aie
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi sebab kawan baik aku dah pun selamat jadi suami isteri yang sah. Almost a month jugak laa. Dan alhamdulillah jugak, majlis berjalan dengan lancarnya. Khatam Al-quran pun dah, nikah pun dah, sanding pun dah, sanding kali kedua pun dah jugak. Yang belum, hehe baby laaa kan. Hope to hear good news from them. Hihi. Excited ni.
So secara ringkasnya;
1. Majlis khatam Al-Quran pagi 18 November 2011
2. Majlis akad nikah malam 18 November 2011
3. Majlis sanding 20 November 2011
4. Majlis bertandang 11 Disember 2011
Aku nak update blog ni pun macam malas-malas gitu. Monday always bluesssss kan. Lagi pulak tak cukup tidur ni. Ni pun dah dekat sebulan baru nak terupdate. Hihi. Apa-apa pun tahniah lagi sekali kat korang berdua. Hebat oooo Ayie, sekali lafaz je walaupun tengok muka kau masa tu macam tak cukup darah je. Ingat ye, rumah tangga yang dibina ini bukan memaen, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Dah tak boleh huhahuha macam dulu tau. Kalau macam aku takpe, boleh lagi sikit-sikit. Here attached some pictures of the day. Official photographer diorang pun dah update kat blog dia. Boleh laa tengok gambar-gambar yang awesome dari Adib! Oh btw, Adib memang professional habis. Pre-wedding diorang pun Adib yang shoot.
Oh ya, masa majlis resepsi haritu, rasa dah macam mini reunion kelas je. Ramai jugak yang turun. Lecturer kesayangan pun sanggup datang dari JB naik bas transnasional gitu. Memang sporting betul kan lecturer macam ni, even dah 3tahun habis belajar tapi kitorang rapat sesangat. We are just like one big happy family. Hikhik. Lepas tu, mostly orang-orang kuat majlis ni pun dari kalangan kitorang jugak. Haha. Bak kata Padel, dah macam dinner Realtors! So, nanti masa aku kawen, tak payah laa nak hire wedding planner, mc and etc, boleh save bajet kan :D
[Note : i'm looking for something special on this weekend!]
Subscribe to:
Posts (Atom)















































