Happy birthday to Melly . Yes today is her birthday ! She is the one yang suka cium aku ok . Suka peluk dan tangan suka merayap kat aku . Naik seram kalau duduk lama-lama dengan dia . Haha . Tu belum aku cerita kalau tidur dengan dia . Nak tidur kena gaduh dulu baru boleh tidur . Haha . Eh korang jangan ingat aku nak songsang pulak . Oh tidak sama sekali , cuma dia memang suka mendengki aku kot . So , aku harap korang doakan laa dia jumpa jodoh yang baik-baik sahaja . Dia ni pun ada masalah mencari jodoh , sama macam Ame jugak laa kan . Aku nak je jodoh kan diorang berdua , yela muka pun sama chinese look . Ni kalau dapat baby , wah comel gila je kan ? Hihi . Melly , jodoh tu memang Allah dah tentukan cuma kita kena berusaha ye . Aku doakan kau ok ? Hihi . Love u !
Mar 8, 2011
Happy Belated Birthday Sally !
I love her smile in this photo . Semua pun nampak senyum kan ? Yes , she is getting married with her fiancée ! Maybe tahun ni jugak laa kot kan ? So sempena hari ni , aku nak wish belated birthday dia . Her birthday's is just after Ame's birthday , maknanya 3 March laa kan . Aku kenal Sally ni masa mula-mula masuk UTHM dulu , kiranya aku serumah dengan dia laa kan . Dia ni paling kecoh kot , thats why aku boleh kawan lama dengan dia . Haha , sama-sama kecoh kan . Ah tetiba nak cerita pasal jumpa dia apa hal plak kan . Hihi . Ok , Sally may ALLAH bless you always :))) Bestnya kau dah engaged kan? Oh lupa plak , dia baru je engaged last sunday 6 March , nanti aku upload laa gambar-gambar mana yang nampak senonoh sikit ye . Yela kalau jumpa dia , gambar entah pape je yang jadi . Haha .
Mar 2, 2011
Happy Birthday Ame !
Yes , just short update for my bestfriend . Today is Ame's 25th birthday .
Secara ringkasnya , ini bukan cupcake tapi apam smurf . Nama pun cam sedapkan ? Yes i admit memang sedap . And oh yes , bukan aku yang buat . Ni kalau aku yang buat , mahu terbakar Seri Mas Kondo . Haha . Ok straight to the point , sesiapa yang berfacebook dengan aku , aku rasa korang pun dah baca apa yang aku tulis kat wall aku kan . Ini pun aku sesaje just nak wish lagi kat blog plak . Haha saje nak kasi si gemuk tu terharu . Yela macam mana dia pernah buat aku terharu masa birthday aku last year , macam tu laa aku nak dia rasa . Sebab bagi aku , dalam banyak-banyak hari , masa hari jadi ni laa kita akan rasa happy semacam dan mengharapkan sesuatu dari orang sekeliling . Aku tak sure korang pun sama dengan aku ke tak , tapi aku memang setiap kali birthday sentiasa berharap sesuatu . Kihkih .
So , Ame gemuk , aku doakan kau semakin matang dalam setiap apa yang kau buat . Dan yang paling penting , aku doakan kau jumpa jodoh dari orang-orang yang baik . Insyallah , jodoh tu ada cuma kau kena berusaha sikit ye . Oh lagi satu , semoga rezeki kau murah semurah-murahnya . Nanti birthday aku boleh laa belikan aku instax 3s (ala kamera yang aku tunjuk kat kau tu , hihi) .
Last but not least , thanks a lot for being a good friend . Banyak dah kau tolong aku sepanjang aku kat KL ni kan . Tak kira laa apa pun . Oh tak lupa jugak kengkawan yang lain . Korang semua memang baik gila . Haha tetiba dah rasa macam hari berpisah pulak (yela kan aku dah duk counting days nak balik JOHO dah ni) . Ok , HAPPY BIRTHDAY !
Feb 21, 2011
LOMO - Fisheye 2 with negative colour ISO 800
Aku rasa korang pun dah tahu kan yang aku berjaya memiliki fisheye 2 tanpa keluarkan 1 sen duit sendiri . Haha . Thanks a lot kat geng gemok aku tu haa . Tapi yang gua paling tak tahan setiap kali aku bawak fisheye 2 ni kan , memasing akan cakap "eh aku ada share kat kamera ni" , damn.... semua kaki ungkit kan . Haha . Sebab tu aku suruh diorang tangkap sendiri gambar memasing , yela kannn memasing ada hak kot kat kamera tu . Haha . Tapi gambar semua hampeh , sana sini ada tangan . Haha . Memang noob laa bebudak ni kan .
So secara ringkasnya , ini filem yang keempat yang aku gunakan sepanjang ada fisheye 2 ni haa . Dalam filem keempat ni bukan aku yang snap , banyak Ame yang snap , dia kan pembantu aku yang tak bertauliah kan , so korang tengok laa semua gambar banyak tangan dia dengan cover lens . Event kat atas ni masa wedding Padel kat Sungai Ramal , Kajang dan swimming pool rumah cheras aku . Hehe . Oh ye ,gambar kat atas ni aku process kat photocrafts (kedai lomography paling best) kat Central Market . Satu filem process berharga RM15 . So korang kira laa eh berapa banyak dah aku melabur kat kamera ni . Filem negative colour ISO 800 ni berharga RM44.00 (3 rolls) . Haaa sebab tu laa sampai sekarang pun aku tak kawen wei , haha .
[Noted : Yeayyyyyy :))) ]
Feb 20, 2011
Random 1.
Just short note . Nafsu aku memang dengan kamera . Bagi aku , gambar je yang buat aku boleh ingat setiap moment yang jadi dalam hidup ni . Dan terima kasih jugak kat blog , kerana dengan blog , aku boleh share setiap moment yang indah dengan korang . Aku share semuanya sebab aku takut suatu hari nanti kalau aku mati , korang langsung dah tak ingat aku . At least bila korang tengok gambar ni semua , korang ingat aku dan secara tak langsung korang sedekahkan al-fatihah untuk aku . Itu je . Aku takde niat nak menjaja gambar atau cerita yang bukan-bukan . Insyallah , random picture seterusnya akan aku update dari masa ke masa ye .
Just Married - Azura & Apis
Selamat pagi ! Pagi laa sangat kan ? Hari ni dah ahad , so esok dah kena pergi kerja , so hari ni kena update blog jugak sebab kat office kan dah kena blocked . Damn ! Ok entry ni takde kena mengena pasal office ke apa tapi nak update cerita pasal kakak office aku yang kahwin haritu . Majlis nikah 15 Januari 2011 dan majlis sanding 16 Januari 2011 . Cool kan dah sebulan lebih baru nak update kat blog ? Entah-entah kakak office aku dah mengandung agaknya kan kan kan ? Oppss !!
Ok just short entry laa eh . Aku pergi majlis sanding je , tak pergi nikah pun sebab aku ada hal masa tu . Oh ye , kakak office aku tu ada nama . Nama dia Kak Azura . Hehe . Lupa pulak nak bagitahu siapa orang nya . Suami dia pulak , Apis . Comel je wei suami dia *wink*wink* Tak silap aku , diorang ni kenal masa sama-sama belajar kat MMU kot . Alhamdulillah diorang dah pun selamat jadi suami isteri yang sah . Insyallah aku pun akan menyusul kemudian tapi entah tak tahu bila . Sekarang ni pun tengah perang dunia ke berapa , ada hati nak fikir pasal kahwin ? Oh no ! Haha tetiba je nak menyelit masalah peribadi pulak kat sini kan . So apa kata korang tengok je gambar yang ada ye .
Ok dah puas tengok dah ? Meh aku ringkaskan ye , majlis sanding ni kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban . Lepas majlis kak Azura ni , aku terus gerak ke Serendah , Rawang pulak . Ada wedding budak kelas aku pulak . Mmmm apa lagi eh ? Ha aku suka gila baju dia wei . Macam barbie doll kan ? Aku rasa aku dah dapat idea nak pakai baju apa masa sanding nanti . Hehe . So itu je kot . Jap lagi aku update wedding lagi satu pulak eh eh eh .
[Noted : Nak kahwin jugak !]
Feb 19, 2011
Februari pun dah nak habis dah .
Hai korang !! Nampaknya prestasi aku semakin merundum (betul ke eja ni?) . Maksud aku kat sini , entry bulan Februari langsung takde . Haha . Aku semakin malas ke apa ni? Oh tak wei , aku takde masa . Tapi aku nak jugak update cerita-cerita baru sebab aku tengok unique visitor aku kat blog ni sentiasa bertambah . Alhamdulillah ramai jugak nak baca kan kan kan? Ke korang sebenarnya nak usha kengkawan hot aku? Omg ! Omg ! Hehe aku gurau je . Aku tak kisah pun kalau nak usha diorang . Aku open minded tapi kalau nak usha , bayar aaa . Business babe ! Peh dah macam mak ayam pulak kan .
Just short update , kebelakangan ni banyak jugak aktiviti sosial aku dengan kengkawan sampai tak cukup tidur dan yang paling aku tak boleh nak handle sekali , jerawat aku tumbuh bertubi-tubi kat tempat yang sama . Wuuu sedih , dah laa aku memang tak cantik , jap lagi bila tumbuh jerawat ni , bertambah-tambah laa tak cantik . Ramai gila kot yang tegur , "Erin , apsal dengan muka tu?" " Erin , pakai produk apa sampai jadi macam tu?" "Erin ada apa kat muka tu?" Wuarghhhh sekian terima kasih .
Eh eh lupa nak bagitahu korang , aku punya kerja kat KL kena extend lagi 3 bulan start from March to May 2011 . Sepatutnya aku habis kerja kat KL ni bulan February , kiranya next week laa aku last kat KL ni , tapi apa kan daya niat mak untuk tengok aku tetiap hari kat rumah punah begitu sahaja . Haha . Relax laa mak , kejap je lagi dah nak habis ni . Pasni orang duduk rumah forever and ever . Susah jugak sebenarnya kerja macam aku ni , sebab ikut projek . Kalau sekarang belum kahwin ok laa kan , esok lusa kalau dah kahwin?? Wuuu suami kena tinggal . Kesiannya suami i nanti :((
Mungkin ini laa suami yang bakal ditinggalkan . Haha .
Labels:
Life
Jan 31, 2011
RINDU
Ok nak update sikit je ... I'm homed ! For a long holiday . So mood memang confirm laa happy sepanjang minggu tanpa ada rasa tension ke apa kan . Handphone office pun aku dah siap off semua bagai . Haha . Kejam gila kan ? Ala lama dah tak cuti , saja nak rasa duduk rumah , bangun lambat , makan sedap-sedap , gaduh sikit-sikit dengan adik , dating dengan Mu'az ke kan . Ha , baru laa namanya cuti . Oh itu je nak cerita kat korang .
[Noted : pssttttt , rindu pulak kat KL ]
Labels:
Life
Jan 27, 2011
Update lelaju .
Aku nak update lelaju kat korang .
1. Jerawat kat muka ni tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .
2. Tak cukup tidur , selalu tidur pukul 8.30pm/9.30pm tapi sekarang pukul 2.00am baru tidur .
3. Tetiap hari balik rumah lambat sebab melencong ke sana sini , bosan kot duduk rumah cheras tu .
4. Minggu ni macam tak banyak kerja . Kahkahkah . Sebab semua dah siap kerja , boleh?
5. Dapat banyak buah limau , rasa macam nak pergi jual kat bawah office .
6. Weekend ni balik JOHO !! Cuti seminggu bhai !
7. Weekend ni ada karaoke session yang dah macam mini reunion dengan budak kelas UTHM .
8. Ok laa , tu je nak bagitahu . Bye .
[Noted : Aku confused laa !!]
Labels:
Life
Jan 23, 2011
Blog pun kene blocked?
Haha nak bagitahu korang ni , sekarang kat office .....BLOG PUN DAH KENE BLOCKED jugak . Sobs sobs sobs . Sedih gila kan , facebook , youtube , and semua sosial network semua dah lama kene blocked . Wuarghhhh kenapa kejam sangat . Memang laa waktu kerja kena buat kerja tapi tak kan nak baca blog sikit pun tak boleh? Dunia hari ni semakin kejam (ceh kene blocked pun nak kata kejam) . So lepas ni , makin jarang laa aku berblog . Huh mana taknya , balik rumah dah penat dah , tak sempat nak online dowh . Lepas isyak je , memang confirm mata aku dah separuh tutup dan tak sampai 5 minit , terus hanyut dengan FT . Kahkahkah . Tapi takpe laa , korang blocked laa semua , aku boleh main foursquare pulak . Kahkahkah . Berlumba-lumba nak check-in plus nak kumpul badges . Eleh main foursquare guna handphone bhai , tak kacau line internet office pun . Elehhhhh kecoh !! Haha . Sekian , terima kasih boss sebab blocked semuanya . Tak sporting langsung .
[Noted : Nak cabut 3 gigi !!]
Subscribe to:
Posts (Atom)
































