Hye bila kita rasa kita ni macam takde keje kat office, kita perlu pura-pura type keyboard, jadi nampaklaa macam tengah/sedang buat kerja. Padahal tengah type ayat-ayat yang macam best kat blog ni. Hahaha. Aku lately ni stress, nak tau stress kenapa? Korang boleh tanya Mark Zuckerberg apa yang selalu aku post kat FB. Haha malas nak cite kat sini. Hihihi biasalaa mukadimah kena laa panjang sikit, baru laa nampak macam padat entry ni. Jadi mari kita mulakan.
Alhamdulillah, seorang lagi kawan baik aku dah pun kawen. Dedulu masa kat UTHM sampai laa sekarang, aku memang rapat dengan Anne & Muna. Kira kalau pergi mana-mana pun mesti bertiga cuma kalau diorang pergi ehem je laa aku tak follow. Hahaha lawak kot. Ok, bukan tu yang aku nak cerita kan, ni haa nak cerita, Anne dah selamat jadi isteri orang! Muna pulak memang dah selamat jadi isteri dan mak orang. How time flies kan? Dulu macam bongok-bongok je maen tarik-tarik tuala Muna kat umah sewa. Haha ok bukan itu yang aku nak ceritakan. Kihkihkih.
Anne memang suka posing yang pelik dan nampak selekeh tapi hakikatnya dia memang cantek. Lol.
Perangai diorang ni bagi aku sama jelaa walaupun dah beranak satu. Perangai blur, suka mendengki dan macam-macam lagi masih ada macam dulu. Bezanya memasing dah ada suami. Kemaen lagi seronok aku tengok life memasing. Hehe. Ok bukan itu yang aku nak cerita kan.
Ye, sebenarnya ini laa yang sepatutnya aku ceritakan. Anne? Cantekkan? Aku rasa semua mata terpegun tengok glowingnya muka dia. Oh tak lupa jugak yang si Anuar yang tetiba nampak kurus dan segak. Pendek kata sepadan sangat laa diorang ni kan. Jadi tak rugi aku bangun pepagi berdesup dari JB ke Sungai Buloh. Semata-mata mahu melihat kawan baik yang sesungguhnya memang cantek. Apa yang seronok sangat bila pergi wedding ni, kite secara tak langsung boleh buat mini gathering, boleh sambil makan gossip dengan Muna, yela Anne tengah atas pelamin tu kalau tak dia pun bergossip jugak, lepastu boleh jugak amek gambar sana sini. Trend sekarang takdelaa nak bergambar pakai DSLR ke kamera cecanggih bagai. Semua orang nak bergambar guna handphone memasing sebab senang nak Instagram. T__T
Sungguhpun begitu, kalau dah namanya Erin, pergi mana-mana pu masih jugak mengusung kamera, mahu kau tak kena maki bila kamera yang the latest kau beli lepastu tak guna? Memang aku selalu macam tu, suka sangat nak yang baru lepastu nak menujuk pada dunia " yes aku dah ada" kamon laa Erin, kau tu dah tak berduit sekarang ni. Jadi ada sesiapa berminat nak beli Lumix GX1? Kihkih. Ok, bukan itu yang aku nak cerita. Mari sambung lagi.
Dari JB kita angkut Zatie sekali, jadi kitorang pergi bertiga. *Sigh teruknya eyebags aku. Dah tahap adik beradik dengan panda* Lepas tu singgah Tol Putra Mahkota berkonvoi cik kiah dengan Melly plak. Haha perlu ke cerita?
Around 12.00 pm dah sampai Dewan Meranti Sungai Buloh sebab Anne dah bagitahu yang dia akan sanding pukul 12.30pm, jadi dah discuss and roger kengkawan datang awal.
Aie & Rifqi.
Jeng-jeng pengantin dah sampai. Amboih canteknya. Terkujat-kujat tengok Anne time ni.
Emerald green memang cantek!
Haha dua gambar kat atas ni, aku tengah setting kamera, sebab cameraman aku kata gambar yang dia amek semua jadi gelap. Hummmm. Ok yang macam amoi tu Melly, yang senyum nampak gigi tu Zatie. Yang senyum simpul tak pandang kamera tu tunang iolls (hahaha nanges nak type tunang).
Nasib Rifqi laa dapat uncle camni. Harap bersabar.
Melly , Muna , Erin (baju di buat oleh Miss Wong Tmn Kosas, hahahaha)
Tengah potong kek pun cantek?
Ok masa ni Muna dah kena balik dulu sebab ada meeting, jadi ini laa yang sempat amek gambar dengan pengantin.
Pengantin baru jugak ni uolls. Auwwww baby bali!
Ok group photo. Wow banyaknye babies!
Marissa suka lelaki je. Humm masa ni kemaen lagi die gelak sakan dengan tunang iolls. Hummm Marisa hummm. Hahahaha saje gurau.
Jadi tunggu laa bulan depan plak. Kununnya aku pun nak kawen tapi date kawen masih samar-samar sebab PRU13 punya hal. Semoga semuanya dipermudahkan. Ok untuk Anne, i'm happy for u! Finally kan? Bulan 9 kita pergi bercuti Mabul ok. Sekian, terima kasih dari saya yang tiada kerja dioffice. Hahahahaha.
[Note : Have faith in Allah S.W.T]