Hye assalammualaikum. Selamat tahun baru 2013. Wah giteww dah nak masuk bulan 3 laa baru nak ucap selamat tahun baru. Jadi apa azam baru dan misi baru korang? Ha confirm dah banyak tercapai kan? Tak sangka kan dah 3 bulan berlalu untuk tahun ni, kenapa eh sekejap betul masa berjalan. Aku rasa aku dah tua sangat ni, another 3 years dah nak masuk 3 series. Rasa macam baru semalam amek SPM, cliche sangat kan ayat ni. So today, aku takde benda yang menarik nak di share kan, entah bila nak update vacation trip kan? Haha mood belum mari. Cuma ada sesuatu yang menarik nak di share.
Sebagai manusia yang mempunyai kemahuan seperti orang lain, mahu jugak aku share kan disini, bukan apa, dah setahun kan, jadi tak salah rasanya nak publish kan kat sini. Hihi. Jadi jadi jadi, semalam 25 Februari 2013 genaplaa setahun aku ditunangkan dengan seseorang. Haha nak cerita pun teragak-agak sebenarnya, sebab dalam tempoh setahun ni bukan setakat lautan pasifik yang aku redah, tapi aku pernah jugak jatuh tergolek-golek kat di atas puncak Everest tu sorang-sorang tapi alhamdulillah ramai kawan yang membantu. Memang betul, setiap orang akan diuji dengan macam-macam tapi satu je kena ingat, Allah tak kan uji hambanya jika hambanya tidak mampu. Wah gitewww. Memang betul, kita selalu mengharapkan yang indah-indah dalam hidup tapi siapa kita untuk melawan atau menidakkan takdir? Maka dengan itu, have faith in Allah. He knows the best.
Jadi tak payahla nak sedih sangat ok? Harini sepatutnya kena gembira dan bersyukur Allah masih panjangkan jodoh ini. Majlis ni sangat simple dan buat kat kampung atuk nenek Pontian, jadi jauhlaa sikit rombongan tu nak datang, kalau tak, 3 minit pun boleh sampai. Haha jiran katanya kan. Baru laa adventure sikit kan. So secara ringkasnya, aku punya preparation untuk tunang ni takde laa kebabomm sangat, sebab aku tak laa kreatif or nak yang kebabommm. Haha. Tapi alhamdulillah, semuanya went smoothly. Thanks pada mak dan ayah sebagai penaja besar. Tanpa mereka, tak dapatlaa semua orang makan kambing gearbox yang sedap tu. Akan tetapi walaupun tak kebabomm sangat, iolls hire jugak photographer sebab makcik pakcik serta adik beradik bukannya terror pun nak amek gambar. Haha. Ok simple kan? Ini je yang mampu untuk di sharekan. Boring kan? Cerita dah basi pun.
[Note : T______T ]