Apr 12, 2012

Jangan salahkan takdir

Erin,

Jangan salahkan takdir kerana itu sudah ditentukan sebelum kita dilahirkan. Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Jangan bersedih. Teruskan berdoa untuk kebaikan semua. Semoga masih ada peluang untuk bangkit semula dan semoga ada jalan yang lebih baik.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)


“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)