Assalammualaikum dan bismillahirrahmannirrahim . Hehe sopan kan? Aku puasa harini , office pun sunyi sepi . Rasa macam kat dalam bilik sendiri je . Sorry laa dah lama tak update cerita kan . Dah seminggu demam laa . Tak baik-baik plak . Tapi alhamdulillah ni tinggal batuk sikit-sikit je . Hopefully cepatlaa sembuh . Doakan laaa ye :)
Hehe macam biasa laa , aku punya idea laa kan untuk buat potluck ni . Aku rasa aku nak tukar profession jadi event manager . Seronok je , tak payah pening-pening buat kerja yang sekarang ni . Actually dah lama jugak plan nak buat potluck ni , dari awal bulan Jun lagi tapi memandangkan semua kengkawan ada yang busy so aku pun tunda laa ke tarikh yang sesuai . Plan ni pun jadi sebab bantuan dari madu aku yang cool tu , hehe Kak Zie laa kan , sape lagi ! Hehe love u kak Zie sebab tolong kite :) Kalau tak kerana Kak Zie ngan suami dia yang baik hati tu , Padel , tak jadi laa potluck ni sebab buat potluck ni kat rumah diorang . Tujuan potluck ni sebab dengan satu tujuan je pun , menggemukkan badan ! Haha . Ok , bukan sebab tu laa , sebab aku rasa sejak ramai yang dah tunang ngan kawen ni , dah jarang kumpul ramai-ramai kan , so dengan berbekalkan idea yang bernas , maka terkeluar laa idea potluck ni . Insyallah akan ada potluck yang akan datang dan dirumah yang berlainan . Apa-apa pun terima kasih tak terhingga buat semua yang super cool dan sporting !!
Kepada korang yang baru baca blog ngekngok Erin ni , ni laa kengkawan baik saya . Haha tetiba nak saya plak kan . Susah nak cari kawan macam ni woahhhh . Hehe kengkawan aku semua gemuk kan? Tapi diorang comel . Haha . Aku tahu ni Rehan baca mesti memaki dalam hati "siap kau kerempeng!" haha . Bonjourrrrr .
Ok tema potluck ni aku tiru tema potluck kat office aku baru-baru ni . Hehe so boleh laa tiru lauk apa yang best . Tema makanan kampung . Memula aku ingat aku nak bawak ulam-ulaman (sama macam bawak kat office) hehe tapi awal-awal lagi aku dah kena sound tak boleh bawak tu . So aku pun terpaksa akur dengan perangai bebudak ni . Jadi , aku pun berhempas pulas masak ikan siakap goreng berlada hijau . Hamekkkk kauuu panjangkan nama masakan aku . Meh laa sini korang tengok lauk-pauk yang ada . Sesaja nak update kat sini , boleh jadi kenangan ni .
Lauk-pauk makanan kampung .
Dessert !
Majlis ni kununnya start pukul 11.00am sampai 4.00pm tapi macam biasalaa , nama pun orang melayu . Kehkehkeh . Ngan aku sekali lambat sampai tapi takde laa lambat mana pun , ni semua sebab Ame punya pasal sebab dia baru nak mandi laa itu laa ini laa , hehe kena salah kan dia sebab nama pun melayu kan? So sesampai kat sana , wah amazing , ramai yang dah sampai rupanya . Tengok-tengok kat dapur apa yang aku nampak? Hehe .
Haha ni laa yang aku nampak , comel gila je rasa tengok memasing bekerjasama kopek ubi kayu .
Haha . Dah macam rewang plak . Tapi patutnya Aiman kena kopek sekali sebab ni menu dia ngan Ida .
Ok , ni pulak Zana . Masa ni dia baru jugak laa datang , terus ke dapur tolong Kak Zie angkat lauk sambal goreng jawa .
Haa ada satu lagi yang aku nampak kat dapur tu . Ni kalau Anne ada confirm kena bebel panjang sebab ....haha Muna ngan aku je laa yang tahu . Aku ngan Muna memang kalau bab dapur ni memang fail . Ekekeke Tapi Muna sekarang dah pandai masak dah . Nak kawen laa kata nyaaa kan .
Tu diaaaaa tumbuk sambal belacan . Kihkih .
Lepas tu kan , aku pergi kat depan balik . Hamboi-hamboi betul laa orang kata orang perempuan tempatnya kat dapur , so orang lelaki tempat diorang kat ruang tamu , pastu duduk gelak-gelak laaa? Ish tak patut .
Yang ni pulak tak habis-habis dengan pucuk paku . Ekekeke .
Alhamdulillah majlis haritu ramai yang datang , kalau ikut perbincangan ada laa dalam 20 orang tapi masa majlis tu , wah jadi meriah bila Mam pun datang jugak . Thanks Mam for coming all the way from Melaka pulak tu . Kalau Aiman tu tak payah nak thanks sangat laa sebab sekarang ni seminggu 2 kali datang KL . Almaklumlaaa buah hati dah ada kat sini kan . Tak lupa jugak pada Muslih , sebab memula memang dia tak dapat datang tapi sampai jugak walaupun datang sensorang . Next time Maryam wajib datang , ni aktiviti family ni . Huhu . So sementara tunggu Ijam sampai , kitorang lepak-lepak je laa padahal perut dah lapar gila sebab masa tu dah pukul 2.30pm rasanya . Memang nak kena Ijam ni tapi dia dimaafkan sebab tunggu Myra balik kerja . Oh lupa nak bagitahu , haha kitorang kununya ada buat tema baju warna biru putih tapi adalaa orang tu kan yang tak kenal warna biru , ada ke patut dia yang suggest jap lagi dia pakai baju purple ? Memang nak kena hempuk si gemokkkk tu !
Aina , Zana & Rehan .
Rehan makin tembam woahhhh . Penangan kawen kot?
Patutnya Anne kena ada sekali ni tapi dia sampai lambat :(
Sesampai je Ijam dan Myra , terus kelam kabut diorang buat air sirap laici . Haha sebab tu part Ijam . Tanpa buang masa , majlis pun terus dimulakan dengan bacaan doa Muslih . Lepas tu terus dengan ucapan tuan rumah , Padel dan tak lupa jugak ucapan dari manager laa kan . Hehe . Panjang lebar jugak bagi ucapan sebab ada sesi suai kenal bagi ahli-ahli baru . Yela memandangkan Aina ada bf baru , jadi aku ambil peluang untuk kenalkan pada semua . Kita kan satu family , mana boleh rahsia-rahsia kan? Harap-harap Aina tak marah :)
Tuan rumah kedaung , Padel tengah bagi ucapan .
Belah kiri tu laa Ijam yang lambat tu . Hihi .
Semua tekun mendengar .
Kak Zie , Ida , Aiman & Perut Ame !
Videographer of the day!
Lepas tu memasing pun makan , masa ni camera canggih-canggih semua campak tepi . Tak dan laa nak amek gambar ke apa . Semua senyap je masa makan . Eh yeke senyap ? Aku pun dah lupa . Lepas je makan , tentatif seterusnya sembahyang Zohor . Lepas tu jeng jeng ada surprised birthday party untuk Aie , Chuck dan Aina . Birthday untuk orang lahir bulan June ! Masa ni memang kelakar plus rasa nak pukul je si Padel ngan Ijam , punya laa penat aku bagi isyarat suruh switch off lampu , diorang boleh plak memaen ke depan . Haha garang kan? Tapi alhamdulillah semua sporting and jadi jugak laa surprised yang tak berapa nak terkejut tu .
Haru biru je aku rasa masa ni .
Happy birthday to Aie , Chuck & Aina !
Nama pun Erin kan , time makan pun nak mengepoh . Ni kali kedua aku makan !
Ramai yang dah balik time ni .
Yeay ada pun gambar Anne . Masa ni Anne baru je sampai , so aku teman laa dia makan sekali .
Rasanya itu je laa kot nak update . Harap-harap akan ada lagi majlis macam ni dan diharapkan jugak ramai lagi ahli yang boleh datang . Kepada abg Hadi , bukan duit yang aku harapkan tapi kehadiran kau lebih bermakna kot? Hehe sedih tak ayat ni? Next time wajib datang ye Hadi ! Aku tak boleh laa kalau kau takde sebab siapa nak amek gambar ngan aku kan? Hehe . Marah pulak Sara kang . Opsss terlepas . Ok rahsia :D
Buat En. Nazali pulak , ini laa adik-adik yang encik didik dulu . Semakin hari semakin mesra . Dah jadi macam satu keluarga . So bila nak balik sini ni? Next month birthday saya ! Tak kan laa encik tak balik kot?
Sekian terima kasih .
[Noted : Ting ....tong ....]