Feb 21, 2011

LOMO - Fisheye 2 with negative colour ISO 800


Aku rasa korang pun dah tahu kan yang aku berjaya memiliki fisheye 2 tanpa keluarkan 1 sen duit sendiri . Haha . Thanks a lot kat geng gemok aku tu haa . Tapi yang gua paling tak tahan setiap kali aku bawak fisheye 2 ni kan , memasing akan cakap "eh aku ada share kat kamera ni" , damn.... semua kaki ungkit kan . Haha . Sebab tu aku suruh diorang tangkap sendiri gambar memasing , yela kannn memasing ada hak kot kat kamera tu . Haha . Tapi gambar semua hampeh , sana sini ada tangan . Haha . Memang noob laa bebudak ni kan . 

So secara ringkasnya , ini filem yang keempat yang aku gunakan sepanjang ada fisheye 2 ni haa . Dalam filem keempat ni bukan aku yang snap , banyak Ame yang snap , dia kan pembantu aku yang tak bertauliah kan , so korang tengok laa semua gambar banyak tangan dia dengan cover lens . Event kat atas ni masa wedding Padel kat Sungai Ramal , Kajang dan swimming pool rumah cheras aku . Hehe . Oh ye ,gambar kat atas ni aku process kat photocrafts (kedai lomography paling best) kat Central Market . Satu filem process berharga RM15 . So korang kira laa eh berapa banyak dah aku melabur kat kamera ni . Filem negative colour ISO 800 ni berharga RM44.00 (3 rolls) . Haaa sebab tu laa sampai sekarang pun aku tak kawen wei , haha . 




[Noted : Yeayyyyyy :))) ]

Feb 20, 2011

Random 1.


Just short note . Nafsu aku memang dengan kamera . Bagi aku , gambar je yang buat aku boleh ingat setiap moment yang jadi dalam hidup ni . Dan terima kasih jugak kat blog , kerana dengan blog , aku boleh share setiap moment yang indah dengan korang . Aku share semuanya sebab aku takut suatu hari nanti kalau aku mati , korang langsung dah tak ingat aku . At least bila korang tengok gambar ni semua , korang ingat aku dan secara tak langsung korang sedekahkan al-fatihah untuk aku . Itu je . Aku takde niat nak menjaja gambar atau cerita yang bukan-bukan . Insyallah , random picture seterusnya akan aku update dari masa ke masa ye .

Just Married - Azura & Apis

Selamat pagi ! Pagi laa sangat kan ? Hari ni dah ahad , so esok dah kena pergi kerja , so hari ni kena update blog jugak sebab kat office kan dah kena blocked . Damn ! Ok entry ni takde kena mengena pasal office ke apa tapi nak update cerita pasal kakak office aku yang kahwin haritu . Majlis nikah 15 Januari 2011 dan majlis sanding 16 Januari 2011 . Cool kan dah sebulan lebih baru nak update kat blog ? Entah-entah kakak office aku dah mengandung agaknya kan kan kan ? Oppss !!

Ok just short entry laa eh . Aku pergi majlis sanding je , tak pergi nikah pun sebab aku ada hal masa tu . Oh ye , kakak office aku tu ada nama . Nama dia Kak Azura . Hehe . Lupa pulak nak bagitahu siapa orang nya . Suami dia pulak , Apis . Comel je wei suami dia *wink*wink* Tak silap aku , diorang ni kenal masa sama-sama belajar kat MMU kot . Alhamdulillah diorang dah pun selamat jadi suami isteri yang sah . Insyallah aku pun akan  menyusul kemudian tapi entah tak tahu bila . Sekarang ni pun tengah perang dunia ke berapa , ada hati nak fikir pasal kahwin ? Oh no ! Haha tetiba je nak menyelit masalah peribadi pulak kat sini kan . So apa kata korang tengok je gambar yang ada ye . 









Ok dah puas tengok dah ? Meh aku ringkaskan ye , majlis sanding ni kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban . Lepas majlis kak Azura ni , aku terus gerak ke Serendah , Rawang pulak . Ada wedding budak kelas aku pulak . Mmmm apa lagi eh ? Ha aku suka gila baju dia wei . Macam barbie doll kan ? Aku rasa aku dah dapat idea nak pakai baju apa masa sanding nanti . Hehe . So itu je kot . Jap lagi aku update wedding lagi satu pulak eh eh eh .




[Noted : Nak kahwin jugak !]


Feb 19, 2011

Februari pun dah nak habis dah .

Hai korang !! Nampaknya prestasi aku semakin merundum (betul ke eja ni?) . Maksud aku kat sini , entry bulan Februari langsung takde . Haha . Aku semakin malas ke apa ni? Oh tak wei , aku takde masa . Tapi aku nak jugak update cerita-cerita baru sebab aku tengok unique visitor aku kat blog ni sentiasa bertambah . Alhamdulillah ramai jugak nak baca kan kan kan? Ke korang sebenarnya nak usha kengkawan hot aku? Omg ! Omg ! Hehe aku gurau je . Aku tak kisah pun kalau nak usha diorang . Aku open minded tapi kalau nak usha , bayar aaa . Business babe ! Peh dah macam mak ayam pulak kan . 

Just short update , kebelakangan ni banyak jugak aktiviti sosial aku dengan kengkawan sampai tak cukup tidur dan yang paling aku tak boleh nak handle sekali , jerawat aku tumbuh bertubi-tubi kat tempat yang sama . Wuuu sedih , dah laa aku memang tak cantik , jap lagi bila tumbuh jerawat ni , bertambah-tambah laa tak cantik . Ramai gila kot yang tegur , "Erin , apsal dengan muka tu?" " Erin , pakai produk apa sampai jadi macam tu?" "Erin ada apa kat muka tu?" Wuarghhhh sekian terima kasih .

Eh eh lupa nak bagitahu korang , aku punya kerja kat KL kena extend lagi 3 bulan start from March to May 2011 . Sepatutnya aku habis kerja kat KL ni bulan February , kiranya next week laa aku last kat KL ni , tapi apa kan daya niat mak untuk tengok aku tetiap hari kat rumah punah begitu sahaja . Haha . Relax laa mak , kejap je lagi dah nak habis ni . Pasni orang duduk rumah forever and ever . Susah jugak sebenarnya kerja macam aku ni , sebab ikut projek . Kalau sekarang belum kahwin ok laa kan , esok lusa kalau dah kahwin?? Wuuu suami kena tinggal . Kesiannya suami i nanti :(( 

Mungkin ini laa suami yang bakal ditinggalkan . Haha .