Dec 26, 2010

25?

Omg omg omg !! Lagi bape hari je nak 25 tahun? Oh risaunya , serious ni . Banyak gila tak update cerita dalam ni . Bersawang gila kot blog ni .Camne ahh? Jap aku recall balik cerita ape je tak update .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arghhhhh shitt banyaknye tak update ! Tunggu jap lagi eh korang . Nak cari kamera jap , nak transfer gambar . Oh please jangan marah :))) Merry christmast hoho ! It's boxing day today ! Kenapa laa Malaysia takde eh boxing day ? Kejam gila .




[Noted : Semalam pergi lookout point ! Dating !]

Dec 17, 2010

Arghhhhhh!

Bosannya hidup tak berduit ni . Tension dowh ! Sakit kepala ! Bila nak gaji ? Nak tunggu aku resign dulu ke apa ni ? Kalau aku anak orang kaya tak pe laa jugak kan , ni aku orang susah kot . Jangan laa aniaya aku !





[Noted : Mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti ]

Dec 14, 2010

Banyak wedding "terpaksa" tak pergi :(

Ok , serius shit aku sedih dengan keadaan sekarang . Eh korang kalau rasa bosan nak dengar aku cerita ni , tak payah laa nak sibuk-sibuk baca . Ini blog aku , so suka hati laa kan aku nak tulis apa . Muahahaha . Lagi satu , kepada sesiapa je yang macam ada kaitan ke takde kaitan ke , tak payah laa nak terasa ke apa . Zzzzzzz ! Jangan huru-hara-biru kan dengan setiap apa yang ada dalam blog ni . I'm wrote for myself .

Opss mungkin mukadimah entry kalo ni berbaur agak kasar sebab emosi kurang stabil. Wtf! I'm going to die~

Tahu kah korang hujung tahun ni banyak gila year end sale ! Apa yang boleh aku cakap kat sini , shitttt ! Aku tak boleh pergi shopping tau . Hanya mampu duduk rumah guling-guling kiri kanan sahaja dan tidur sepanjang hari mengenang nasib diri . Wtf?? Macam pelarian GAZA . Hihi . Eh tapi aku bersyukur kerana takde laa macam pelarian GAZA tu , cuma life tak menentu je sekarang ni . Kerja banyak , semua nak cepat tapi ada orang kisah apa masalah aku sekarang ni , hummm mungkin ada yang kisah tapi tak semua orang akan kisah . Aku hanya mampu gelak depan kawan-kawan , kakak-kakak office dan orang sekeliling sebab aku boleh dikatakan banyak cakap kan . Muahaha .

Oh bukan topik shopping yang aku cuba ketengahkan dalam entry ni tapi topik keterpaksaan tak pergi wedding kengkawan kahwin . Semuanya sebab tiada kewangan . Just imagine , kalau dah semua wedding kat JOHO macam mana laa nak balik kan? Aku bukan berkira kos tapi kalau korang laa kat tempat aku , korang akan gunakan duit yang ada untuk makan dan kehidupan harian atau balik JOHO attend wedding kawan-kawan? Oh semestinya korang pun macam aku kan? Sesiapa yang faham dengan masalah aku sekarang ni mungkin akan tahu laa apa masalah sebenarnya . Malas aku nak cerita panjang kat sini zzzzz ! Oh bosan hidup dengan keadaan sekarang ni . Tapi alhamdulillah Mu'az banyak tolong aku . Yela kalau tak dia yang tolong siapa lagi kan . Thanks sayang :)))

So kepada kawan-kawan yang jemput aku hadir dalam majlis perkahwinan korang , sorry sangat-sangat ! Aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat . Eh nanti aku kahwin jangan aaa balas dendam tak nak datang pulak ye :(((

Ok laa , bye . 




[Noted : Tendering RL :) ]

Dec 7, 2010

Eh boleh ke lupa hari ni birthday adik aku ?


Redha Faid , adik bongsu ! Kalau ikut kalendar islam lahir 1 muharam . 
Umur 13 tahun dah dia :)



Salam maal hijrah 1432H

Sekejap je kan masa berlalu , pejam celik pejam celik , eh eh eh dah tahun baru . Rasa macam baru je semalam nyanyi lagu 1 muharam detik permulaan .... (aaa korang sambung aaa aku lupa dah lirik dia cam mana) . So apa azam korang tahun ni? Aku yakin korang pun macam aku jugak kan , orang lain ada azam , korang pun sibuk nak beria-ia nak berazam . Huhu . So budak-budak kan? Nak cakap banyak pun tak guna , meh sini korang tengok apa azam baru aku ;

1. Aku berharap tahun baru ni , aku akan jadi lebih matang dalam segala-galanya . Maksudnya , nak buat apa sekali pun , kena laa berfikir dengan sebijaknya sebab tahun sebelum ni , tak reti kot nak buat keputusan . 

2. Aku nak jadi orang yang sopan dan dipandang hormat (eh betul ke ayat ni?) . Sebab aku rasa , aku kurang sopan dalam segi percakapan mahupun perbuatan . Orang lain memang cakap aku ni kasar . Ok , aku akan berubah .

3. Aku nak kurangkan marah . Oh yeah itu memang sifat semula jadi , cepat marah . Antara penyebab aku cepat marah , bila bekerja dengan orang yang lembap . Haha . Sebab aku ni jenis buat kerja cepat ok? Haha . Nasib laa siapa yang bekerja dengan aku . So , untuk tidak jadi seorang yang pemarah , please jangan buat aku marah . Boleh?

4. Aku nak jadi kuat ! Kuat dari segi mental . Haha . Dalam brutal-brutal aku ni , kuat nangis dowh . Malu sey nak cakap tapi in reality itu laa aku . Aku boleh tahan kuat nangis tau . Antara perkara-perkara yang boleh buat aku nangis , bila cerita tentang kawan . Haha . Sumpah bongok kan ? Nangis sebab kawan . So kawan-kawan , please don't make me cry anymore !

5. Oh last sekali , aku nak tukar kerja lain . Aku harap ada rezeki kat tempat lain . Bukannya apa , sampai bila kan nak menanggung penderitaan macam ni? Huh ayat ni kena bertapis ni , kalau tak jadi isu pulak . Setiap orang ada target masing-masing kan? So , aku nak cari peluang lain . Haha . 




[Noted : Aku dah buat sorang kawan aku kecik ati , camne?]

Dec 5, 2010

Minyak asyik naik je !

Kenapa tak naik kan harga rokok sampai jadi RM20 ke kan .


Huh tak sampai berapa bulan kot harga minyak naik lagi . Kalau macam tu , kasi naik laa gaji aku wei . Patutkah semua benda nak naik harga tapi gaji tak naik ? What the ......Emo memang tetap emo sebab kenapa nak kena naik semuanya . Grrrrrrrr . Aku ni kalau marah tak boleh nak type panjang-panjang dah sebab takut terkeluar makian je ni kang . Haha . I love Malaysia ok :)) Sekian terima kasih !!





[Noted : Korang sila laa tengok Due Date!]

Dec 2, 2010

Hello Disember?

Sekadar gambar hiasan dinding :)

This is not cool ok when its already December !!! Ciss geram aku . Sebab banyak lagi azam tahun ni tak tercapai . Wtf betul laa ! Tak tahu nak update apa sebab emosi kurang stabil sebab orang lain duk sana sini pergi Y.E.S tapi aku duk kena catu makan minum because of gaji . Wtf lagi sekali . Grrrrr sampai bila entah nak bertahan dengan situasi macam ni . So azam tahun baru nanti , i wanna quit from this job . Itu memang kena laksanakan . So , sekian terima kasih . 




[Noted : Hummm dah laa berjanji dengan Faed nak pergi sunway -.-]