Nov 16, 2009

Review Movie - 2012

Ada apa dengan 2012? Kan baru 2009 . Eh ada kene mengena ke oii . Haha . Actually aku tengah frust ni sebab tak tengok lagi cite tu . Macam-macam feedback yang aku dapat daripada kengkawan aku yang dah tengok . Termasuklaa si Muaz yang tinggi lampai tu . Hummm . Dia cakap cite tu tak best langsung , ending yang tak best dan macam-macam lagi tomahannya . Huh . Saje je kan dia tak nak bawak aku . Geram je . Pastu tengok status orang laen kat FB especially yang dah tengok 2012 , cakap cite tu best & sedih . Hummm entahlaaa wei . Tak paham aku . Aku dengar cite 2012 ni cite pasal kiamat tapi tu laa encing cite ni mestilaa hero&heroin hidup . Sama je cam cite hindustan lain kan . Kalau menurut ajaran agama Islam , bila terjadinya hari kiamat , tak kan ada seorang pun yang akan hidup . Kita semua akan ke alam lain . So , secara kesimpulannya , tak elok laa tengok cite camtu . Apa laa korang ni , membazir tengok cite tu , lebih baik sedekah duit tu kat orang susah . :) :) :)

Sebenarnya , aku dah plan ngan gang budak kuat jalan & kuat makan tengok 2012 , tapi paham-paham jelaa kan , cite tu baru lagi laa wei . Memang tak dapat seat laa oi . Kalo dapat pun betul-betul depan screen . Humm so , kitaorang tengok jelaa cite apa je yang ada . Sue ngan Anne sampai OU dulu . Yelaa kan umah diorang dekat je kot , confirmlaa diaorang yang sampai dulu . Mula-mula nak tengok Phobia 2 tapi Amer ngan Chuck dah tengok . Diorang cakap tak best . And then , aku cakap kat Sue , tak kisahlaa tengok cite ape pun . So , akhirnya kitaorang tengoklaa cite Ninja tapi bukan Ninja Assasin ye kawan-kawan . Ni Ninja yang sangat tak best . Jom , let picture talks . Tapi ada 2 gambar je upload . Hehe .

Amer , Chuck , Anne & Sue


Ok , ni aku plak ngan diorang . Anne snap this picture .


Nov 15, 2009

Hantu , please don't disturb me ok?

Bunyi entry ni macam aku boleh berbual dengan hantu kan? Dan seolah-olah hantu pandai baca blog ni . Ini bukan cobaan atau yang sewaktu dengannya tapi ia memang benar dan ikhlas datang dari hati yang suci . Kepada makhluk-makhluk tuhan yang sememangnya aku akan takut kalo tengok muka korang , PLEASE jangan kaco aku k? Aku bukan takut tapi lemah je wei . Aku duduk sensorang kat umah ni , tak kesian ke kat aku? Mesti kesian kan? Dah laaa aku ni kurus , jauh ngan mak ayah , Muaz pun jauh dan pelbagai lagi sebab-sebab untuk korang (kata ganti diri untuk hantu) rasa kesian kat aku Hehe . Harap korang dapat membaca entry ini dengan penuh rasa simpati dan belas kasihan yang tak terhingga kat aku .

Mesti korang (kata ganti diri untuk pembaca) tertanya-tanya kenapa aku sensorang plak kat umah kan? Ke korang tak nak tahu langsung? Ahh lantak laa . Aku nak cite jugak . Untuk pengetahuan semua , Kak Enyza a.k.a Kak N was admitted at Al Islam Speacialist sejak 9 Nov 09 and now she's in JB until 2 Dec 09 . See , aku sensorang laa hoi kat umah ni . Rasa nak nanges je kan . Mana pernah duduk umah sensorang woi . Masa hari pertama aku sensorang , aku masih boleh tidur dengan nyenyaknya tapi masuk hari kedua , ooo mak aii bunyi bunyian datang secara tiba-tiba . Aku tak tahu nak buat apa masa tu , actually aku dah tidur awal , dalam pukul 9 dah tidur tapi pukul 12 aku boleh pulak terjaga . Ishh damn . Terus call Muaz tapi dia dah tidur . Urghhh apa lagi , aku pun nangis ahh kan sampai penat then aku tidur balik . Haha . Gila kan? So jalan penyelesaian aku dah jumpa , nak tahu apa? Aku ajak Faezah teman aku sampai Kak N balik sini . Huhh , selesai sudah masalah .

Jom tengok gambar Kak N yang sakit tu . Sian dia ~

Pesakit : Eniza Zainal Abidin


Dari kiri : Fuad , Kak Fazi , Ill , Zura & Me
Lawatan Kali Pertama : After work



Dari Kiri : Faezah , Kak Azie , Kak Ross & Me
Lawatan Kali Kedua : Lunch Hour

Nov 10, 2009

I'm so stupid !!

(nak tukar balik penggunaan kata ganti diri ; saya = aku)


Yeah , aku bodoh . Kenapa? Sebab tak pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata . I don't know why i keep thinking about tuttt tuttt (tuttt dirahsiakan atas sebab tertentu) . Itu laa yang dinamakan bodoh . Membodohkan diri sendiri memang baik kalo nak dibandingkan diperbodohkan oleh orang lain . Mungkin aku bodoh dari segi ........ tapi tak dari segi minda ok? Haha . Kebelagakan terserlah disini . Hummm i'm still trying to avoid ..... and now baru berjaya untuk sehari . Mintak-mintak laa harini boleh avoid dia lagi . Aiyooo . Tak paham laa ngan mende ni suma . Shitttt !


Nov 5, 2009

Mana perginya value of friendship?

Hari ni , pagi-pagi lagi , bukak facebook dan baca notes yang di tag dari Mal . Haaaa bacalaaa kat bawah ni . Kalau nampak laaa ye . Sumpah saya terkejut !



Kesimpulannya , janganlaa anda mencuri . Terutamanya kawan-kawan punya duit ke barangan berharga or etc . Sebabnya kalo dah kantoi mencuri , semua orang tak mau kawan dah . Seriously . I dah tak nak kawan ngan U! Takut nanti U curi barang I plak .

5470

Yeay! Saya dah ada si Puteh . Walaupun si Puteh tak sehebat kereta laen , tapi saya tetap berbangga dengan si Puteh saya . Sebab saya kena bayar sendiri . Haha . Sengal . Muaz pun dah ada jugak . Tapi dia punya si Hitam (uuuu buruknya nama si Hitam) . Tapi tu laaa si Hitam sempit tak macam si Puteh yang selesa sangat-sangat . Hehe .


Buat En Haikal , terima kasih kerana memberi si Puteh dengan sungguh sempurna sekali . Si Puteh sungguh rasa riang bersama saya . Terima kasih juga kerana merealisasikan impian saya . Huhu . Impian ke? Saya cintakan si Puteh dan juga si Hitam (aikkk ada kena mengena ke? ) . Rasa gundah gulana akan menjelma bila nak bayar si Puteh . Boleh ke kalo tak nak bayar si Puteh? Ke boleh ? Ke xboleh ?