Mar 31, 2009

Ending of March

Happy birthday June . Dah tua dah ko . Harap ko akan jadi lebih matang dan bertindak dengan secara normal dan waras . Marilah aku cerita sikit pasal June ni .

Junaidah Md. Salleh dilahirkan pada 30March1986 . Dia dilahirkan dalam keadaan yang normal tanpa cacat cela . Terima kasih ALLAh kerana menjadikan ciptaanMU yang sungguh cantik dan bijak ini . Dan terima kasih juga kerana aku menjadi salah seorang sahabatnya .

Aku dan June berkawan sejak tahun 2002 masa di TIJB . Dikelas Awam 1 , aku duduk disebelahnya . Dia ni kuat tidur dalam kelas . Lagi-lagi time Kimia , Cikgu Phang mesti ketuk meja dia untuk bangunkan dia . Aku memang dah paham sangat dengan June ni . Dia xpenah cukup tidur sepanjang hari persekolahannya di TIJB . Almaklumlah orang duduk hostel kan . Banyak aktiviti kot kat hostel tu .

Tapi satu perkara yang aku xboleh nafikan , June mempunyai IQ yang sangat bijak walaupun sentiasa tidur dalam kelas . Dia memang pandai . Aku masih ingat lagi masa kat JMC . Aku ngan dia satu bilik , kami memang selalu ponteng kelas xpernah pergi ke kuliah . Tapi macamane dia boleh dapat pointer yang tinggi ye? Ye memang dia pandai . Tidak dinafikan lagi .

Untuk birthday yang ke-23 ni , Haen plan untuk surprise kan dia . Alhamdullilah semuanya terlaksana dengan bantuan aku yang hebat ni . Majlis kami dimeriahkan oleh Dolphin atau nama sebenar Darwin , Haen , Farah , Aku dan penyambut birthday June . X lupa juga pada crew PH yang membantu mensuprisekan June . Ceh terharu dia .




Happy Birthday June!



Darwin , Haen dan Farah



June dan Saya yang cute!


*Sempat ke pesta konvo dan bershopping!

Mar 29, 2009

Earth Hour

Wah dah lama aku xberblogging kan ? Lately ni sangat busy . Banyak plak keje kene buat . Tapi sebenarnye aku xdelaa bersungguh-sungguh pun buat keje tu semua . Sebab aku lebih banyak berjoli kesana sini . Yela duit gaji selama 3bulan baru dapatkan . Memanglaa aku akan berjoli even hari sekolah . Mane xnye , balik sekolah singgah JJ . Walaupun xde sale sangat . Tapi setiap aku ke JJ mesti ade je barang yang aku beli . Duit rm50 sekarang dah kecik sangat dah . rm50=rm10 je! Budak kecik pun dah xheran dengan rm50 . Apatah lagi aku . Haha .

Oklaa untuk entry kali ni , aku nak cite pasal Earth Hour . Aku bukan laa pencinta alam tapi memang patut pun buat macamni sebab bumi kita dah semakin uzur . So apa salahnnye kalo kita menyokong kempen Earth Hour ni . Bukan lama pun , sejam je . Tapi aku tengok kat bandar JB terang benderang je . Macam disiang hari . Lampu-lampu menyala . Jadi , secara kesimpulannya , masyarakat kita masih lagi tidak menyedari tentang perkara-perkara camni . Mungkin bagi mereka , ia satu bende yang melecehkan , menyusahkan atau membebankan untuk dilakukan . Apa sangat yang susah ye . Just turn off all the electricity for only one hour! Agaknya kalo dah kene bencana atau penyakit berjangkit baru nak sedar kot . Oklaa masing-masing ada pendapat tersendiri .

Aku sebagai rakyat Malaysia yang sangat baik menyokong Earth Hour ni . Aktiviti yang aku buat masa Earth Hour;

1. 8.15pm - masih kat JJ Tebrau

2. 8.30pm - on the way ke bandar JB , dengar radio tapi tiba-tiba Hot.fm senyap . oh diorang
pun support jugak

3. 8.45pm - sampai ke bandar JB memang sangat terang . sana sini ada lampu . lepak di Thats Cafe . waa bestnye diorang support jugak . sampai kat sane je , anak boss tengah light on the candle . so sweet .

4. 11.00pm - ke JJ tmn U plak . singgah kedai jap .

5. 11.50pm - sampai laa umah .

Candles


Yeah! Support Earth Hour


That's Cafe


Saya juga support!




*Aktiviti makan-makan yang paling best!

Mar 22, 2009

Uncomfortable !

Salah ke aku bertanya?

Salah ke aku ambil tahu?

Salah ke aku bercerita?

Salah ke aku nak bermesra?

Teruk sangat ke aku?

Hina sangat ke aku?

Hodoh sangat ke aku?

Ye aku tau aku menyusahkan .

Ye aku tau aku menyaketkan .

Ye aku tau aku sungguh merimaskan .

Ye aku memang bersalah .



*Aku x sempurna . Aku manusia biasa .

Mar 19, 2009

My School Holidays !

Sejak-sejak ni aku dah rasa best plak dengan profesion as a teacher . Nak tau kenapa? Sebab bila cuti sekolah , aku pun jadi macam adik-adik aku yang masih bersekolah . Apalagi school holidays laa kan ! Tapi kesian dengan student-student aku tu . Sebabnya aku bagi diorang homework which is memang wajib bagi . Kalo ikutkan hati xnak laa bagi homework kat diorang and sebelum cuti aritu aku ada briefing pasal projek subjek yang diorang kene buat . So secara x langsung , masa cuti ni jugak aku suruh diorang cari bahan . Aku nak diorang menang . Hehe . Untuk aku plak , cuti ni memang best wooo sebab boleh melepak di rumah , shopping and outing with some frens kan . Untuk cuti kali ni , memang hari-hari aku pack with all the activities . Tapi sayangnya cuti cuma seminggu . Kenapa laa x dua ke tiga minggu kan . Hihi . (Masa tulis blog ni , cuti tinggal lagi 3hari , uhuuuu~) .

14 Mac - Alamak cam dah lupa pulak aku buat apa kan . Owhh yeah , aku lepak JJ . Hantar cheque kat kedai . Tengah duduk-duduk borak ngan Cik Ita (makcik yang jaga kedai mak aku) , adik honeydew singgah ke kedai sebab nampak aku laa kan . Lama jugak laa bersembang-sembang dengan dia . Dia baru dapat result SPM aritu dengan result yang amat membanggakan . Aku pun x sebijak dia . Tapi , dia cakap kat aku semuanya rezeki masing-masing . Then yang paling bestnya untuk menyedapkan hati aku , "Ala time akak SPM dulu soalan susah-susahkan? Sebab tu laa susah nak score" . Ceh , pandai plak budak ni nak jaga hati aku kan . Menurut adik honeydew , dia teringin nak futher kat Japan . Dia tanya prosedur camne . Aku pun xberapa pasti sangat pasal ni . Bukan setakat itu je , banyak lagi yang kami perbualkan . Ok stop . Malam plak? Apa lagi tengok AF . Demam AF dah bermula . Ahh lantaklaa sape nak ckp AF tu All Fuckers ke apa kan . Dah ada Astro , so tengok je laa . AF kali ni memang lain sket dari yang sebelum ni . Transformasi . Sebelum tidur , aku packing baju-baju sket untuk ke somewhere dan baru teringat kat T70 aku . Omg , aku kene charge battery untuk esok! Tapi , charger battery aku xberfungsi . Aku rasa cam tuuttttt je . Sakit ati wooo .

15 Mac - Aku ke JJ lagi . Pergi kedai T70 aku . Aku nak tukar charger . Then kena tunggu beberapa hari baru boleh dapat . Disebabkan aku nak guna T70 tu , so dengan selambanya aku tumpang charge battery kat situ . Lantaklaa kan . Ok dalam pukul 5++ petang aku dah tunggu ahli rombongan ke CGK kat SS . Kami berempat je yang pergi . Pergi pun dengan tujuan nak cari barang butik . Kata pakcik aku , kitaorang pergi CGK macam balik kampung Pontian je . Yela mana xnya , pergi cuma 3hari dua malam je . Tapi memandangkan makcik aku ni dah selalu ke sana untuk cari barang butik , so semua benda jadi mudah . Flight aku pukul 920pm .

16 Mac - In CGK , bershopping supree~

17 Mac - Arrives di SIN pukul 1++pm tapi tunggu kat Changi almost 3hours sebab xde orang amik kitaorang . Sampai JB jam 5++pm kot . Lupelaa . Owhhh sangat penat memikul barang-barang .

18 Mac - Tiba-tiba kena pergi ke ofis my uncle . He got a lot of work to do . So memandangkan x lama lagi aku akan bekerja dengan dia , maka aku pun pergi ke ofis di Tampoi Utama . Kira macam training jugaklaa . Hihi . Balik kerja terus ke SS . My uncle belanja makan kat Senibong . Best wooo . Family aku dan family pakcik aku je yang ke situ . Sampai umah jam 10++pm . Exhausted .

19 Mac - Ke ofis lagi . Ingat boleh siapkan kerja cepat tapi pukul 6pm baru siap . Dan sepatutnya ke BP harini pun xjadi lagi . Honeydew dah xsabar nak barang dia . Hummm . Sabar ye~

20 Mac - Ke ofis lagi . Ahhhhh penat . (Ceh baru training dah penat)

21 Mac - Date bersama teman lama . Jumpe kawan sekolah TIJB . Ada discussion sket pasal reunion .

22 Mac - Ahhh kene bersiap sedia untuk hari persekolahan pada 23 Mac . Tapi xpe, tinggal 2minggu saja lagi mau menamatkan diri . Sedih tapi suka . Pelikkann .


*Aktiviti 20Mac-22Mac belum berlaku lagi . Itu hanya perancangan saja

Mar 18, 2009

Tag 4 .

Di tag oleh Jiha a.k.a the nanny .

Here are the rules :
-list these rules on your blog.
-share 7 facts about yourself on your blog.
-tell 6 unspectacular quirks of yours.
-tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-link the person who tagged you.
-leave a comment for each blogger.what is the purpose for tagging people this time, is only to
know exactly who are my frens.. hehe


7 facts about myself
"Name : Izatulazrin bt Radzuan (refer to my ic) . Xpenah terfikir nak ubah nama"
"I'm the older in my siblings . Akak yang sangat bertanggungjawab"
"BerBachelor's Degree in Real Estate Management . Jangan pandang sebelah mata haa~"
"Not marriage yet but in relationship with someone . =p"
"Anak tokey Meh Rasa Johor . Huhu . Beli laa bahulu panas mak saya"
"I'm so skinny like skinny jeans . Guess what my weight is only 40kg ok. Macam papan lapis kot. Ahh nevermind . Just love being myself"
"Tiba-tiba jadi teacher . Xcaya sudah !!"


6 unspectacular quirks
"Pandai masak pancake ! (Tp Muna lagi pandai)"
"Editing pictures . (Muna selalu puji)"
"Mengajar anak orang lain di sekolah tanpa mengeluarkan kata-kata kesat atau mencarut (Hebat kan??)"
"Pay internet bill for only one month . (Pastu mak yang bayar)"
"Wake up early in the morning for baca Yaasin and bertahan only for one month and masih nak
mencuba lagi ! (Ceh padahal orang len bangun awal hari-hari wat qiamulail tapi aku baru
beberapa kali dah kecoh kan??)"
"Driving . Manual ok! (Tp Muna xreti !)"


7 people yang akan di tag
"Akhmar"
"Amy"
"Angen"
"Yammus"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"
"ahhhh lagi 3 xtau r nak tag sapa . Sape-sape nak buat , silakan laaa"


*Jiha tag yang sebelum ni pun xjawab lagi . Huhu .

Mar 12, 2009

Ya ALLAH

Sejak kebelakangan ni , aku rasa ingin terus mendekati mu Ya ALLAH .

Entri sebelum ni aku ada cerita pasal ESQ kan? ESQ pada ku memang satu pendekatan yang baik dan fenomena baru bagi kita semua . Mungkin ada antara korang semua yang pernah dengar dan mungkin tidak pernah dengar . ESQ membuatkan aku sedikit sebanyak berubah . Aku dah baca buku Pak Ary . Agak susah pada mulanya nak baca sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa indonesia . Banyak jugak perkataan yang aku xtau .

Setiap orang lain caranya untuk berubah menjadi orang yang dekat kepada ALLAH . Ada yang sejak dari kecil dapat didikan yang sempurna . Aku pun macam tu . Yelaa kalo x , xkanlaa aku pandai sembahyang kan? Itu adalah asas dalam kehidupan kita . Cuma bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak laksanakan ataupun tidak . Betulkan?

Macam aku pulak , frankly speaking laa kan kalo tengah ada masalah memang time tu laa rajin sangat sembahyang , baca Al-Quran dan Yaasin after sembahyang . Kenapa aku macam ni ea? (Ok , for those yang rasa entri ni xsyok untuk dibaca , never mind . I'm just saying about myself and how i felt before) .

Last week , aku baca buku ESQ for teen . Mudah memahami dan sangat best . Xtaulaa kenapa . Tapi dari situ , aku boleh belajar sesuatu tentang EQ , IQ dan SQ . Oklaa secara ringkasnya , pernah x korang rasa xbahagia , walaupun korang dari family yang senang ? Walaupun selalu dapat markah yang tinggi dalam kelas ? Walaupun duit banyak dalam bank ? Walaupun pakai kereta yang best-best ? Walaupun kerja yang high class ? Walaupun dapat bf / gf yang baik ? Mesti pernah kan . Sebab aku pun macam tu . Lagi satu , pernah korang rasa x , kenapa aku belajar ? Kenapa aku hidup ? Kenapa aku kene kerja ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Jawapannya mudah je , kita kene perlu ada EQ , IQ dan SQ . Baru laa sempurna dan bahagia . Nak tau apa perbezaan ketiga-tiganya ? Sila tunggu entri seterusnya .

Pada 21/2/09 , aku pergi ke GEMAH - Gerakan Asma'ul Husna di Dewan Merdeka , Kg Melayu majidee . Belajar tentang Asma'ul Husna . Sangat best ! Dan aku berdoa supaya Asma'ul Husna itu sentiasa ada dalam diri .


"Allah mempunyai Al Asma'ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan meneyebut Al Asma'ul Husna itu"


Mar 7, 2009

Conference

Conference! Yeah aku ngan classmate berconference di petang hari . Sangat seronok . Sumenye cerita pasal keje . Kelakar sangat . Kalo ade 1 kelas tengah online memang aku invite semuanya . Mesti semua orang berebut-rebut nak cakap . Tapi yang sedihnya , Faziraaaaa xnak layan kitaorang . Invite dah banyak kali tapi she left again the conference . Kecewa si Amir . Haha . Oklaa aku sangat seronok sebenarnye bila bercerita ngan kawan-kawan lama ni tapi xdelaa lama sangat . Baru je 3bulan x jumpe diorang ni semua . Perangai sume xberubah . Ni laa yang buat aku makin berkobar-kobar nak gi KL jumpe budak-budak ni . Haa tunggu aku bergaji ye kawan-kawan .

Ahli-ahli senat yang berconference dipetang nan indah x laen x bukan , aku , Muna as Centre of Gossip , Amir , Hadi , Sue , Chuck dan Apai . Aku ada invite Faziraaa ngan Sue besar tapi no respon . Bz kot . Begitu juga Mr. Nazali kita . Xpelaa maybe next time boleh lagi kan .

Antara topik hangat diperbualkan;


"Cite pasal keje laa kan . Masing-masing dah berkerjaya dan hampir berkerjaya pada minggu depan . Tahniah ye untuk Muna yang jadi model celcom dan Sue yang akan bekerja dengan syarikat jepun"

"Aktiviti bergossip pasal kawan-kawan yang laen . Antara nama-nama hot yang diperbualkan Ekin , Ijam , Aiman , Anne , dan ada laa beberapa nama lagi . Tapi bukanla bergossip apa pun . Cume nak tahu mereka-mereka ni buat apa sekarang . (Kami tidak suka mengumpat tapi bergossip xpe)"

"Perbualan mengutuk Chuck berdahi luas terbentang yang kaki pompuan dan sekarang nak jadi bapok. Opsss sori Chuck . Chuck memang camni . Desperate nak pompuan je"

"Aktiviti carut mencarut &^$^%*?!@?// . Hadi kata xpe , Cikgu Sains benarkan kami cakap b**i . Dan aku pun turut bersama-sama berbuat begitu . Tapi beristighfar pas mencarut . Hihi"

"Cite pasal program reality . Mula-mula cite Raja Lawak 3 . Semuanya cakap xbest laa itu laa ini laa . Si Hadi sokong si Amir I'm Sorry tu . No comment laa kan . Tapi die xlayak kot masuk final . Lawak hentam semberono je . Cakap tergagap plak tu . Hadi sokong sebab die orang Kelate! Pastu pasal AF . Aku sorang je suke AF . Yang lain cakap AF= All Fuckers . Damn it . Haha . And last skali kutuk Tomok masuk OIAM . Diorang ni memang suka mengutuk orang"

"Cikgu! Aku ngan Hadi jadi cikgu . Yang xbleh blaa nyer , Hadi cakap anak murid dia panggil Teacher Hadi . Yelaa cikgu sains kan . Tapi aku nak report PPD sebab die isap rokok dalam kawasan larangan . Siap penolong kanan leh join kan . Iskkk teruk betul . Aku jugak laa cikgu yang baik . Pastu cite kutuk aku kan . Suruh aku jadi cikgu PJ biar badan up sket . Kuang asam korang . Aku dah gemuk laa wei . Dah naek 100g ni haa"

"Cite pasal konvo . Yeay nak konvo . Best sangat . Tapi tarikh konvo pun xtau bile . Muna cakap Dr. Wan pesan suruh tempah baju lawa-lawa untuk konvo"

"Rindu makanan kat parit raja . Haa topik ni Hadi ngan Chuck memang laa suke . Sebab diorang partner makan . Kedai yang paling dirindui mestilaa mamak KMS tu . Mana xnye , situ laa tempat paling terdekat ngan kampus kan . Asal ada break mesti kita breakfast kat situ . Lagi satu tempat , warung Mak Jah . Haa mula laa rindu tempoyak laa itu laa ini laa . Iskkk"

"Lone ranger! Ni topik kunun-kunun masing-masing single laa kan . Tapi betul Chuck cakap , lone ranger lagi baik !"

"Closingnyaa , masing-masing nak mandi nak semayang"

In this pic is all my bff .


Lokasi : KL, Singapore , JB, BP
Aktiviti :
Jalan-jalan



Lokasi : Flat Mewah
Masa : Lewat malam
Aktiviti : Assigment last minit punye!



*Next time kita gossip lagi . Rindunya kat korang kan?

Mar 6, 2009

I love Mac!

Banyak benda menarik yang akan berlaku dalam bulan ni . Ahhh love Mac .
2 Mac = My sexiest body .
3 Mac = My dear Sally 23 birthday .
5 Mac = My dear Suehaida got a job !
6 Mac = My dear Muna got a job !
11 Mac = I'm waiting for this moment !
15 Mac = Off to jakarta .
14 to 22 Mac = School holidays . Yippieee !
30 Mac = My dear Jun 23 birthday .



*Menunggu 11 Mac dengan penuh tawaduk .

Mar 5, 2009

Gusar dan gersang .

Gusar
Mak dan ayah pergi ke KL malam tadi . Ada urusan bisnes laa kan . Tapi x telefon pun bila dah sampai sana . So , aku rasa kegusaran . Aku tidur pun x lena . Yela anak mana yang x risau kan? Sebab , sebelum ke KL , mereka baru saja pulang dari Singapore . Kan penat tu . Risau sungguh risau . Aku tinggal bersama hero-hero yang penakut dirumah . Termasuk aku jugak laa kan. Hero-hero tu tidur awal . Sebab hari ni dorg sekolah . Sebelum mak pergi , mak cakap macam ni kat aku ;
Mak : Azrin , nanti tolong bangun pukul 6 , kejut adik dan pastikan dorg sembahyang subuh .
Azrin : Ok mak .
Mak : Pastu , sebelum pergi sekolah nanti tolong iron kan baju sekolah agama adik . Mak x sempat nak iron kan.
Azrin : Ok mak .
Mak : Nah amik duit ni .
Azrin : OKKKKK MAK !!

Gersang
Aku kegersangan duit . Duit oo duit , bila nak ada duit ni . Nak shopping !! Minggu ni aku belum lagi ke Jusco . Tapi macam mana duit leh x de ni ? Ishhh pelik .



*Esok kat sekolah ada pot luck . Makan nasi dagang tuh~ Best .

I miss someone .

Sudah lama dia menyepi .

Tiada lagi hubungan .

Aku masih disini .

Menunggu jawapan yang tidak pasti .

Aku masih berusaha dan terus berusaha .

Usaha yang tanpa henti kepadamu ya ALLAH .

Semakin hari semakin aku kenal erti kehidupan .

Tidak semua yang aku miliki terus menjadi milikku .

Adakah masih ada peluang untukku?

Jika ada , ALLAH memakbulkan doaku .

Jika tidak , ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang terbaik untukku .


*Terima kasih ALLAH dengan dugaan ini .

Mar 4, 2009

Tag 3 .

Aku ditag oleh Jiha .


Q1: Apekah yg sedang anda lakukan?

Tengah jawab tag ni laa .

Q2: Ape yg bermain di fikiran anda?
Fikir hari ni gi sekolah nak pakai baju warna apa ek .

Q3: Siapa yang sedang bercakap dengan anda?
No one . Sorang-sorang kat umah ni . Semua orang x de .

Q4: Siapakah yang ada kedua dalam active5 anda?
If i'm not mistaken laa kan , my bff Muna !

Q5: Apakah yang sedang anda pakai?
T-shirt dan short .

Q6: Apakah yang anda lakukan sebaik bangun tido?
Pergi dapur , tengok apa yang ada atas meja !

Q7: Siapa lelaki yang selalu bersyg2 dengan anda?
Honeydew saya . Who else laa kan?

Q8: Apakah coklat kegemaran anda?
Too many to list down . Tapi biasanya cadbury laa .

Q9: Aktor plg HOT yang anda xgemari?
Semua x suke kot .

Q10: Org yang paling last anda bersame?
Ni soalan ni kurang faham laa . Last bersama maksudnya? Ahh x faham .



*Jiha dah siap dah tag kamu ni . Adui tapi ada lagi 1tag x buat lg .