Assalammualaikum semua. Hari ini rasa terpanggil nak berkongsi cerita macamana bermulanya bisnes Audrabella Trading. Erin bercerita disebabkan kebelakangan ini ramai yang bertanya tips macamana nak mula, macamana nak buat marketing, macamana nak tarik customer dan sebagainya. Ada juga yang jadikan Audrabella Trading sebagai inspirasi. Terima kasih untuk itu.
Idea asal bisnes ni wujud memang suami Erin, Muaz yang mulakan. Muaz lah Founder dan Funder Audrabella Trading. Dia ni jenis yang suka plan untuk masa depan. Otak dia memang ligat je nak buat bisnes. Hari-hari dia brainstorm Erin pasal bisnes, suruh bagi idea nak bisnes apa. Masa tu Erin masih kerja. Ah takde masa nak fikir bisnes. Balik kerja pun lambat kot! So last sekali, masa tu Oktober 2013, dia ajak Erin pegi beli kain cotton dekat kawan dia. Dia suruh Erin pilih, Erin pun pilih laa 14 pasang. Dah pilih tu bawak balik jumpa mak, mak mertua dan makcik.
Masa tu memang jenis paksa diorang ni beli. Haha. Erin sebarkan dekat family dulu, lepastu kawan-kawan. Kebetulan makcik kerja kerajaan, post dekat office dia, then bila kain tu sampai dia pegi teborrrr kat office, ramai plak yang berminat. Haa start tu laaa bertambah-tambah, restock dengan kawan Muaz, 20 pasang, 30 pasang dan sampailah tahap ke 50 pasang. Bila dah banyak order, seronok laa kira duit untung je.
Dalam masa tu jugak, Erin ni dah mula busy sebab ada projek baru, memang balik lambat, kekadang sampai 6.30 pagi baru balik rumah. Sampai satu tahap tu Muaz pun pissed off, dia tak cakap banyak, suruh check email dan edit nama, rupanya resign letter. Memang pergolakkan perasaan jugaklah oi. Siapa nak bayar komitmen setiap bulan? Tapi Muaz cakap, dia dah plan kan duit tu semua. Lagipun masa tu takut sangat, sebab dia kan tengah pissed off huhuhu. Ikutkan je laa.
So alang-alang dah tender resign (last kerja end November 2013), Muaz ajak pegi Vietnam, selamba je dengan tak tahu apa pun, dia kata nak explore sendiri, just google je info, siap makcik dan pakcik nak ikut pegi sana. Muaz keluarkan modal RM12K (ini memang duit saving Muaz bukan loan). Modal ni termasuk tiket flight, hotel, shipping. Dengan kos tu, Erin dapat beli 230 pasang kot. Berdebar-debar jugak nak tunggu kain sampai rumah sebab yela first time kan, risau kain tak sampai tapi bila kain dah sampai rasa seronok plak.
Masa tu cakap dengan Muaz target nak habiskan dalam 2 bulan tapi kejap lagi... eh tak sampai sebulan dah habis. Maybe corak kain yang Erin pilih tu cantik kan, tu yang laju. Erin memang start jual dekat Instagram. Masa tu kan tengah popular sangat review IG. So Erin gunakan cara tu untuk perkenalkan brand Audrabella Wardrobe (AW). So gunalah beberapa orang yang popular untuk review. Dari hari ke hari follower tu naik. Erin tak beli pun fake followers tu, semua yang follow adalah genuine. Lepastu dengan bantuan customer jugak yang promote kan AW dengan tag kat IG dan dari mulut ke mulut. Kawan-kawan Erin dan Muaz pun banyak yang tolong promote. Dan tak lupa juga berkat DOA MAK ERIN DAN MAK MUAZ.
Dari bulan ke bulan, Erin ulang alik Vietnam, setiap bulan beli kain 1 cbm - 1.6 cbm, sebab Erin nak jadi pembekal kain cotton yang setiap bulan ada corak baru, tu pasal setiap bulan kene pegi sana. Alhamdulillah konsep idea yang Erin pakai ni nampaknya menarik lebih ramai lagi customer yang nak membeli. Sebab kita pun tahu orang perempuan kan suka benda baru je. Lepastu AW pun buat konsep belian borong untuk customer jual balik (B2B bisnes) Memang setiap bulan tak menang tangan nak reply order customer.
Cumanya sampai satu tahap tu Erin stuck, maksudnya Erin hanya buat aktiviti yang sama je setiap bulan, just hunting kain lepastu jual lepastu habis lepastu ulang balik benda yang sama selama 2 tahun. Macam tak terexpand pun bisnes ni. Orang lain nampak macam takde pape kan, tapi Muaz laa cakap kenapa kita tak boleh pegi jauh lagi, kenapa tak berani beli kain lebih banyak lagi, asyik stuck dekat 1 cm - 1.6 cbm je. Sales pun macam tu jugak. Tapi kan Erin totally buat semua ni sendiri, tu pasal jadi stress. Muaz hanya monitor/ dan set kan target je. Geram lah jugak. Hahaha. Fikir punya fikir, must be something wrong. Bila check balik, rupanya selama ni buat bisnes takde ilmu, takde mentor, takde guidelines, semberono je wei.
Muaz pun kesian dengan Erin, so dia arrange beberapa kelas/seminar untuk kitorg attend. Start December 2015 laa kitorg berdua pegi mana-mana kelas yang termampu sebab Muaz masih bekerja, so tak boleh laa selalu cuti hari Sabtu. Semua kelas/seminar tu kat KL dan biasanya buat hari Sabtu dan Ahad. Memang penat berulang alik JB-KL dan berhabis duit untuk travelling cost. Dan kemuncaknya bila kitorg attend IMKK Mac 2016, fuh itulah yang ubah segala-galanya. Rupanya banyak block yang menghalang kitorg untuk maju kedepan lagi. Dari situlah Muaz betul-betul nak tolong Erin sebab dah nampak AW memang dah kuat cumanya Muaz kena bagi full komitmen.
Sebenarnya dari December 2015 dia cakap nak berhenti tapi Erin tak bagi sebab takde keyakinan boleh ke AW tampung kehidupan kitorg nanti. Tapi lepas attend IMKK tu banyak benda berubah, kitorg akui kesilapan kitorg. Muaz memang totally berubah, banyak benda yang block dia selama ni semua dia "pecahkan". Kalau nak tahu boleh baca katmuazaudrabella.blogspot.co m. Dr Azizan Osman (DAO) ada share kisah Muaz ni dekat page dia. Hehe
Ada banyak benda lagi yang jadi lepas IMKK, Erin lebih tenang, tak stress dan tak heran pun orang nak copycat ke apa, siap ada yang copy ayat sebijik, copy semua bendalah haha, tapi rezeki Allah kan takde limitnya. Kita kena cari betul-betul dengan cara yang betul. Hasilnya sales AW meningkat naik, Allah bagi amount yang Erin mintak, siap bagi lebih lagi. Masa kat IMKK, Erin ada submit doa pasal bisnes AW. Malunya Erin sebab selama ni memang mintak tapi tak sungguh-sungguh. Bila ilmu dah ada, strategi dah ada, mintaklah sungguh-sungguh pada ALLAH.
Alhamdulillah harini dah 16 hari Muaz berhenti kerja, dia masih tak sempat nak rehat, banyak jugak kelas yang dia attend sejak dia berhenti tu. Lepastu haritu seminggu jugak kitorg stay kat Vietnam, cari ilham, cari idea baru lagi untuk AW. Yang paling best sekali, balik dari hunting kain kalini Erin sihat alhamdulillah, tak demam dan tak batuk. Inilah kesan bila sama-sama kerja kot haha.
Oh ya pasal modal tu plak Erin just rolling duit RM12K (230 pasang) tu sampai sekarang dah jadi 1500 pasang (boleh congak berapa dah rolling modal), itupun dah siap bayar gaji Erin, part time, upah orang angkat kain, kos marketing, kos pegi kelas/seminar (ada harganya RM50 sampai ke RM6K).
Kesimpulannya, dari pengalaman Erin sendiri, kita nak bisnes ni tak boleh syok sendiri, kena ada ilmu, kena ada mentor, kena ada guidelines, baru lah kita akan berada dijalan yang benar. Hubungan sesama manusia pun kena jaga terutamanya hubungan suami isteri, hubungan dengan mak ayah (ini sangat penting sebab keramat hidup kita adalah doa dari mak kita terutamanya bagi yang lelaki). Logistik kita pun kena jaga, berkawanlah dengan orang yang positif, insha Allah kita pun akan positif. Bersedekah dan bayar zakat perniagaaan (yang ni kitorg akui dulu ambil mudah tapi sekarang ini wajib, tahu kan, apa yang kita ada harini sebenarnya ada hak orang lain jugak). Dan yang paling utama dalam bisnes ni, MINTAKLAH PADA ALLAH SWT. Biasanya Erin akan selitkan sekali doa untuk mintak dikurniakan idea-idea baru dalam bisnes. Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat pada semua. Basicnya sama je, semuanya berbalik kepada ALLAH SWT. Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Bisnes ni banyak ubah Erin jadi lebih baik dari sebelumnya. Hehe
Ok sebelum habiskan, sesiapa yang nak start bisnes kain cotton ni, mula lah dengan sikit dulu, test market, cari target customer, takpe mulakan dengan sikit nanti lama-lama jadi bukit. Lepas dah jadi bukit, explore laa ke Vietnam sendiri. Pengalaman tu yang best. Nak dapatkan pengalaman tu kena usaha! Usaha tu penting untuk menentukan berapa lamanya kita bertahan. Gitulah. Selamat maju jaya semua 😘 doakan kami dapat bantu mak ayah, adik beradik kami, keluarga kami dan orang lain.
"Ucapan terima kasih tak terhingga kepada mak ayah kami, adik beradik kami, ahli keluarga kami, kawan-kawan kami, cikgu kami, mentor kami dan customer kami yang mendoakan kami. Perjalanan ini baru bermula, banyak lagi yang perlu diperbaiki."
Ikhlas
Izatulazrin Radzuan (bekas Land Exec)
Cc: CEO Audrabella Trading, Mohd Mu'az (bekas Project Manager O & G)
#audrabellacotton