Apr 23, 2013

Alhamdulillah, i'm official a wife to my husband. Haha.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kitorang berdua. Semuanya sudah tertulis dan kuasa Allah itu Maha Besar, dengan izinNya, majlis perkahwinan kitorang terselamat dari tarikh mengundi mahupun tarikh penamaan calon PRU13. Ini semua dengan berkat doa mak ayah , family dan kengkawan semua.

Memandangkan tarikh kawen kitorang tu macam samar-samar sebab PRU13 ni laa, banyak benda yang kitorang buat last minute tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar macam yang dirancangkan. Terima kasih Allah untuk semua ni. In shaa Allah, kalau gambar semua dah siap, akan aku update satu persatu kat sini. Boleh laa jugak bagi tips pada korang yang nak kawen buat sekali majlis dengan pihak lelaki. Orang kata kalau buat sekali majlis akan jadi masalah tapi alhamdulillah semuanya ok, dari segi makanan, tempat duduk dan parking semuanyaaaaaa ok. Hehe ini aku dapat komen dari tetamu yang datang tau. Terima kasih semua.

Maka, ini laa dia yang dinamakan husband.

Selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz 7 April 2013 9.45 pagi

Apr 2, 2013

Hari ini 2 April 2013

Assalammualaikum dan selamat pagi. Jadi bila laa tu parlimen nak di bubar? Isu bubar tak bubar dah buat hidup aku trauma dan hilang arah tujuan. Wakakakakaka. Yeah itulaa yang kununnya tarikh 7 April 2013 tu adalah tarikh mengundi. Dan paling dramatik sekali, 7 April jugak laa aku nak jadi permaisuri di hati seseorang. Haha poyo sangat kan. Tapi kini, kami tidak heran lagi dengan kisah pembubaran ini. Biarlaa nak bubar ke terbubar sendiri ke, malas dah nak amek tahu. Maka dengan ini, aku nak umumkan, yeayyyyy aku dah nak kawen! Oh plsss laa tak payah seronok sangat kan. Cuma satu laa nak cakap kat sini, thank you Allah makbulkan doa ku yang satu ini, semoga untuk yang seterusnya dipermudahkan. Tak lupa jugak pada family dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang tarikh 7 April 2013 itu masih selamat untuk berkahwin. Terharu iolls.

Kenapa tarikh mengundi menghantui aku? Ok pertama sekali, majlis kawen aku ni buat dekat Dewan Tmn. Universiti, yeah dimana dewan ni rupa-rupanya adalah pusat mengundi. And yeah akhir bulan Februari 2013 dapat surat dari MPJBT yang menyatakan kalau 7 April 2013 tu mengundi, maka sewaan dewan aku terbatal dan boleh cari lokasi alternatif. Masa tu kau rasa kalau dapat surat macam ni kau nak buat apa? Just terima macam tu atau kau nanges? Hahaha. Gila ke apa, lagi sebulan je nak kawen, dapat surat macam tu? Lepas tu plak, kad dah siap dah masa tu. Hamboi senangnya kata gitu kan? So bagi aku, sepatutnya dari bulan November 2012 laa MPJBT kena maklumkan, tapi tu laa kan jawapannya ialah kami baru dapat tahu. Hahaha funny. Yang kedua dan seterusnya ialah, kalau laa time kawen tu PRU, siapalaa nak datang majlis, dah tu plak family member banyak yang terlibat dengan PRU. Mahunya mak aku tak sedih kalau ahli keluarga sendiri tak dapat datang kan. Jadi undilah parti pilihan yang tepat!

Dugaan dan cabaran nak kawen ni memang mencabar sungguh. Sampai dah give up and nak postponed semuanya tapi tu laa semuanya dengan bantuan Allah. Kalau dah takdirnya kawen dipostponed, kita redha jelaa ye. Hihi. Tapi alhamdulillah apa yang dirancang in shaa Allah akan disempurnakan pada 7 April 2013 nanti. Jadi tips apa yang sesuai nak bagi ek kalau kena macam ni? Ok sila baca di bawah;

  1. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  2. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  3. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  4. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  5. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  6. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  7. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  8. Jangan kawen time tahun tu nak PRU
  9. Jangan lupa daftar mengundi, kerana satu undi pun boleh menyebabkan parti tu kalah. Eh boleh gitu?
  10. Undi adalah rahsia

Maka dengan ini jugak, sesiapa yang berkesempatan dan mahu meraikan hari bahagia (ecehwah laa sangat), dijemput hadir pada 7 April 2013, di Dewan Taman Universiti, Skudai, Johor.




[Noted : Masih di office, hahaha]